Pages

"PenGgEnap"

Thursday, June 7, 2012

Baju Korporat TEMAN

akhir sem 4 (2012). dalam masa beberapa hari lagi nak Final Exam, ku ambil beberapa minit untuk buat lakaran baju korporat untuk kelab Technology Management Club (TEMAN) UTHM.
Hasilnya seperti dibawah. rasa2nya ada bakat x dlm buat lakaran?

#1

#2
#3
#4

#5

#6

Tuesday, April 3, 2012

Old Memory

Hehehe.. rasa sangat kelakar bila teringatkan kenangan semasa di sekolah rendah dulu..
Kenangan disekolah? kurang kot sebab diri ni pemalas pergi sekolah. Dalam seminggu, 2 atau 3 hari je pergi sekolah.
Hari Ahad memang tak pergi sekolah la sebab ada perhimpunan dan duk rumah boleh tengok cerita Dragon Ball.
Baru-baru ni ku ketemu video ni, membuatkan ku teringat semula zaman kecil dulu-dulu. Hanya insan yang lahir pada 90-an je dapat merasa benda ni. Zaman sekarang memang dah tak ada dah sebab budak zaman sekarang jauh beza dengan dulu. Sekarang budak darjah 1 pun dah bawa handphone ke sekolah. Dulu handphone pun tak kenal, So, pelbagai permainan la di lakukan. 
Itulah kenangan paling manis.. Pemadam pun boleh buat main, sampaikan habis duit beli pemadam.. 
Semua dalam video ni aku dah pernah buat dan banyak lagi aku buat selain dalam video ni.. Rindu nak kembali ke zaman kanak2..


Kepada kawan-kawan diluar sana yang pernah merasa benda ni..
aku nak bagitahu satu je...
'Ini hanya kita yang merasa manisnya, orang lain hanya mampu melihat sahaja... Maka, berbanggalah sesiapa yang lahir dan menempuh zaman ini'

Monday, January 16, 2012

Mengakhiri Semester 3

5:42 AM, Selasa, 17 Januari 2012
Niat di awal hari semalam nak dapatkan rehat yg cukup untuk tempuhi peperiksaan hari ni..
Tapi lain yg terjadi, sampai sekarang tak dapat tidur2 lagi..

Sudah selesai solat sunat 2rakaat, terus mengaji tapi tengok tulisan pun dah kabur2..
Tapi mata ni taknak tidur2 lagi..

Kalau berterusan macam ni, BAHAYA!! akan menimpa,

Jam 9 AM nanti kena jawab FINAL PAPER FOR HUMAN RESOURCE pula..
Kalau tulisan jadi kabur mcm baca Al-Quran tadi xtahu la akibatnya nanti..
Dah la paper sebelum2 ni macam xada harapan kecuali MANAGEMENT SCIENCE..

"Ya Allah, bantulah hamba mu ini.. Kalaupun nikmat tidur untuk hari ini ditulis tiada bagiku, Ku mohon kemudahan bagiku untuk menempuh hari ini dan seterusnya. Permudahkan segala urusan duniaku dan urusan untuk bekalan Akhiratku.. Sesungguhnya hambamu ini sangat lemah lagi tidak bermaya, berikan lah kekuatan kepada hamba Mu ini dalam mendekatkan diri kepada Mu.. Amin.."



p/s: Mood pagi ni = Gelisah sangat tak tahu kenapa.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...