Pages

"PenGgEnap"

Monday, September 5, 2011

Aidilfitri + Tasik Kenyir

parent ku sdg honeymoon
uncle and nephew?
Apa kaitan Aidilfitri dan Tasik Kenyir? macam xada kaitan langsung..
Bukan apa, terasa nak kenang kembali raya 2011 ni hari HSAL a.k.a MURDOC mempunyai kelainan dari hari raya sebelum2 ini. Sebab apa? sebabnya satu family dapat berkumpul. Bukan senang tau, 15 orang semuanya seorang ayah, seorang ibu, 11 orang adik beradik, seorang abg ipar dan seorang anak saudara nak berkumpul.

K jadi drebar?
Tambahan pula pada hari raya kali ini menjadi special dengan perancangan Along nak pergi melancong ke Tasik Kenyir. Memang betul2 dah lama aku tak pergi, dulu masa sekolah rendah aku ni malas pergi sekolah jadi aku pun ikut la Ayah pergi ke Tasik Kenyir. Sampaikan makcik2 kat sana pun pelik tengok aku tak pergi sekolah tapi pergi kerja kat Tasik Kenyir. Tapi lepas Ayah kena tukar bahagian perancangan, dah kurang la pergi Tasik Kenyir.
layan angin la!!
kalau pancing ni, syok gila!!
dad & son
(Kembali hari raya ke-4) Dengan pergerakan 2 buah kereta, destinasi ialah Tasik Kenyir. Sampai sana naik pulak bot, rambut ku pun dah jadi alfro kena angin (Sebab masa tu tak buat relaxing lagi). Chalet dia besar, memang sesuai bebenar la satu keluarga besar pergi makan angin kat sana. Bawah chalet ada zoo mini, bila duduk kat beranda, kat bawah dah nampak 2 ekor pelanduk. Jalan bawah sikit ada lagi 2 ekor merak. Nak jalan lagi rasa malas la pulak.




Sampai pun dah petang, letak je barang dalam chalet. Lepas makan je, masing2 dah lesap. Apalagi aktiviti seterusnya la, mandi tasik dan boleh main kayak! yahoo... dah lama betul tak main kayak. Bila main kayak ni teringat pulak masa kecik2 dulu, ikut ayah pergi jual ice-cream colek kat Tasik Bukit Besi. Tapi sekarang tasik tu dah tak seronok macam dulu sejak cina ambil alih tempat tu. Kalau dulu, ada natural waterfall, boleh main kayak, paddle boat, jet ski kat tasik, pergi Pulau Kera yang cute. Sekarang dah tak ada.
 Sambung semula di Tasik Kenyir, main kayak tu memang syok. Tapi yang tak syok nya pakaian tertinggal, memang agak sedikit sengsara la. Keseronokan lain kita tengok gambar je la eh.
p/s: gmbr ni buat aku sakit hati nak susun, blog ni sakit jgk...

Inilah result akhir, letih!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...