Pages

"PenGgEnap"

Friday, April 29, 2011

"Jangan melebihi 3 hari tau"


Nabi SAW bersabda :

ولا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ

Ertinya : Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari 3 hari”

( Riwayat Al-Bukhari, 5/2253)


Dalam mana2 perhubungan, akan terdapat waktunya berlaku salah faham sehingga menimbulkan pertelingkahan dan pertengkaran. Sudah lumrah manusia mempunyai sifat seperti dengki, cemburu, marah, pentingkan diri dan sewaktu dengannya. Justeru itu Islam menggalakkan umatnya bermaafan supaya tidak berlaku mudharat dan keruntuhan dalam hubungan sesama Islam.


Daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tidak beriman seseorang itu dengan sempurna sehingga ditinggalkan pembohongan sama ada semasa senda gurau atau semasa bersengketa atau berbalah.”

Adakah semua amalan dan ibadah kita di persiakan hanya kerana sesuatu yang sememangnya kita boleh elakkan? Kdng2 benda yg remeh temeh pun boleh terjadinya pertelingkahan.Sebab syaitan takkan berhenti menghasut hamba2 Allah supaya saling benci -membenci sesama manusia smpai ke mati..supaya anak2 adam ini diseksa diazab di kubur dan neraka kelak. 



Banyak hadis telah menyebut tentang ancaman kepada sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari kerana pergaduhan atau pertelingkahan.

“Tidak halal bagi seorang Muslim tidak bertegur sapa saudaranya melebihi tiga hari, maka barangsiapa yang tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari, nescaya akan masuk neraka”. ( Abu Dawud : no 4914). 

“Tidak halal bagi seorang Muslim “hajr” (tidak bertegur sapa) saudaranya melebihi tiga hari, kedua-duanya bertemu, lantas saling berpaling muka antara satu sama lain. Yang terbaik antara mereka ialah orang yang memulakan salam”. (Muslim no 6697).

Oleh itu, mulakan lah hidup ini dengan salam dan senyuman kerana ianya dapat mengurangkan amarah dan menyejukkan hati. Bertegurlah kembali dengan sahabat2 yg pernah kita sakiti hati mereka, sahabat yang putus hubungan dengan kita, sahabat yang jauh dan dekat, sahabat yang pernah menjadi teman kita, dan lebih2 lagi sahabat yang merupakan saudara Islam kita.



"Tangan yang di atas adaah lebih baik dari tangan yang dibawah" ini bukan sahaja di tujukan kepada amalan bersedekah tetapi juga kepada amalan bermaafan kerana orang yang memulakan salam adalah orang yang terbaik. Jangan jadikan adat bermaafan pada hari raya sahaja sebagai amalan kita kerana kita tidak tahu bila masanya kita akan di jemput menghadap Allah yang Maha Esa.

 

Wednesday, April 27, 2011

"One Night Before..."


Esok dah start first exam untuk sem 2 punya study,
Dah hampir genap 1 tahun aku di Johor ni,
Tapi kadang2 bila difikirkan semula~~~
Apa dan ke mana arah tuju aku yang sebetulnya..

Kekadang rasa macam tak ada fungsi aku belajar..
Kekadang aku tak nak rasa menyesal macam yg aku rasa di MQPB dulu,
So, keep going what I have start maybe the best way,
Sometime I think I start to be So Numb!

By the way, actually dah rasa macam tak boleh nak fokus,
walaupun course mark aku sem ni dapat agak tinggi,
 Tapi aku sedar yang aku tak boleh nak score dalam mana2 final exam,
Inilah kelemahan aku dalam study sejak dari dulu..


Now, I still think about her..
A bit of time with her is very valuable for me,
I miss her so much,
But, I don't know how to face  her..

I'm very guilty to her,
sometimes I think my action is very stupidest ever,
What I want to say if I have a chance?
Sorry? maybe that not enough to pay what I have done to her..


Still now I don't know if she was sincere with her word,
Please, if true she was my back bone..
Stop this sickness of my bad habits, I want to accept her again,
Give me one more chance.

Thursday, April 21, 2011

"Demam la pulak"

Hehehe... Hari tu cerita pasal Bday Parti kan.


'Pagi esok mesti msk tandas semua' (ini sedutan ayat seblm ni)
Tapi yg jadinya lain pulak...
Jom kite dengar ape ceritanya..


Hari ni still kat Seremban lagi..
Hajat di hati memang nak balik semula ke U, tapi....
MU demam, panas gile badan..
Tapi dlm rasa sejuk sgt2 mcm duk dlm peti ais.



Mlm tu balik dari Jusco, bdn rase sejuk pelik jer..
Jam 11malam, MU masuk hospital,
nasib baik hospital Tuanku Ja'afar dekat jer..
xtahan rasa sakit, sejuk tu yg paling xboleh tahan..


Sampai sane, terus duduk
...skali pikir, aku dah jadi mcm ucop welchair
ala, yg dlm hantu kak limah tu
Lama dah aku xrasa duduk atas kerusi tu.

Last2 aku duduk atas kerusi tu, masa form4.. kes hampir sama.. xdemam, tp sesak nafas.
(Sambung balik cerita skrang)
Masuk hospital, duduk............(sebab lama duk atas kerusi kan)
baru boleh tido atas katil dia. tapi...

ada tapinya, sebelum tu dah kena cucuk 2 kali..
aduh, boleh tahan la sakitnya.
Atas katil kena lagi sekali.. 1+2=3
Doctor tu kata:
(ehem2, betulkan suara jap) 'awak ni mcm kena demam denggi ni'

Oh tidak! xkan aku kalah dengan binatang sekecik itu???
Dalam kepala duk pikir
*assignment MoT aku xsiap lagi ni, nak hantar hari Jumaat ni. Parok2

p/s: ada ke patut, tengah sakit2 mcm tu pun boleh lagi pikir pasal assignment. Nampaknya MoT telah memberi kesan mendalam dalam hidupku...aduyai, Inilah hidup sebagai seorang student U

Saturday, April 16, 2011

"Ragam Manusia"

Hari ini letih sgt2.. Semalam sampai Seremban dari batu Pahat..
3 jam atas Motosikal Ct110 ku.. Sakit la juga sikit pinggang ini..
Tapi xmengapa, at least berbaloi..
Dapat la jugak ku jumpa my first nephew, Sabihah..

Hari ni Mak su buat sdikit majlis sempena ulang tahun klhiran anaknya,
Ayat mudah, Celebrate Birthday..
Start jam 10a.m buat kerja sikit2 sampai jam 10p.m..
Dalam pada masa itu, berbagai2 ragam manusia dpt ku kajji hari ini..

1. Kakak ku, rajin terlampau la pula kan.. Tolong ini, tolong itu.. masak ini, masak itu.. Kalau bab mengemas memang xblh nak challenge die. Padahal dia sendiri pun letih baru sampai dari Terengganu.
2. Mak n Pak saudara ku.. Pemurah orangnya, xkisah berbelanja banyak mana pun. Jemput orang tu, jemput orang ni.. Tempah tu, tempah ni.. sampai aku makan mcm nak pecah perut walau pun sikit2 sambil buat kerja..
3. Mak Long. Nasi dagang dia memang sedap. Import dari Dengkil. Dia pun dah mcm kakak aku, bile orang dah balik semua, dia start nak basuh itu, basuh ini.. Padahal orang muda ramai dlm rumah ni.

ini cerita orang dalam.. sbnrnya bnyk nak cerita psl orang luar (tetamu) ni.. dah taip separuh dah, tapi bila di fikirkan semula.. Keburukan orang buat apa kita buka. So, xjadi la nak cerita bab tetamu ni.

Pape pun hari ni memang kenyang sampai boleh blow dah perut ni. Pagi esok mesti pakat masuk tandas semua.. N dapat jumpa my nephew.. Semakin besar dah dia, jari dia mcm org nak main carom jer.
Tapi dlm ramai2, aku tersentuh dgn seorang budak kecil yg merupakan anak saudara ku juga. Kecil2 lagi dah mcm terabai dari kasih sayang seorang ibu. Sedih..  

p/s: sayang sbb xsempat nak ambik gambar bnyk2 sbb tangan gerak untuk buat kerja.. 

Wednesday, April 13, 2011

Harapkan pagar, pagar makan padi..
Harapkan kawan, kawan makan sendiri..


Sakit hati pun dah merasuk ketika jiwa xtenang ni..
Dah tolong, tapi kenapa x boleh nak tolong kita balik?
Apesal teruk sangat 'kawan' zaman sekarang?
Memang sah, kat Universiti ni berbeza dengan zaman sekolah dulu..

Kat sini macam xada seorang pun yang boleh di percayai,
Lagi buat sakit hati adalah,
Dah rasa diri tu bersalah, minta la maaf,
Kalau boleh, ganti la kesalahan itu sementara boleh..


Ini tak, dengan muka xbersalah keluarkan kata2..
Ini ke yang kita boleh panggil kawan?
Hati ini yang xpernah tanam kebencian,
Tiba2 hari ini panas je, x tahu la nak anggap ape orang mcm tu..

Nampak muka baik jer, xtahu pulak perangai mcm ni..
Kalau la aku boleh buang sifat baik dlm diri aku ni,
Rasa lagi baik hidup aku, Jadi jahat lagi elok..
Xla rasa sakit hati, biar orang lain sakit hati kat aku pulak..

Selama ni asyik aku jer yang tolak ansur..
Sampai kebaikan makan diri..
Lebih baik hidup sorang2..
ARGH!!! MU sakit hati lagi...

Tuesday, April 12, 2011

 ARGHH!!! skali dia nak datang, die datang satu transit terus.
Sakit kepala aku nak pikir.. Masalah dtg 1 persatu xputus..
Yang ni baru je sampai, mari lagi yg lain...
Macam mana nak settle.. 

Assignment! Public Speaking! 
Presentation! Bulletin!
Class Absent! BTN!
Printer! Roadtax!
Insurance! Maintanence! 
House! Life!!!! 


Kalau dulu ade mslh, aku wat xlayan jer...
Skarang kalu ada mslh, terpaksa settle jgk..
Kalau x, lagi parah mslh tu jadinye..
Bengong doh ni rasenye..
 
 
Kalu die mari 3 dlm 1 mcm nescafe xpe..
ini mari smpai lbh 12 dlm 1..
Mase plop pendek gile nok kena settle..
Rasanya hok pkre gini la ramai wat jln mudah tu... 

MU SAKIT JIWA DOH NI!!!!!! 

Wednesday, April 6, 2011

Dari Batu Pahat Mall sampai la hujung Parit Raja...
Xjumpa satu pun rumah untuk disewa.. Sakit Hati rasanya.
Kenapa susah sangat dieorang nak letak papan tanda kalau rumah tu dah kosong..
Dari bagi benda lain menghuni, baik bagi manusia yg memerlukan.

Ada yg nak bagi sewa. tapi nak perempuan jer..
Mcm ada niat lain jer. Kiteorg laki ni nak letak kat mana?
Kiteorang pun orang jugak, nak juga tempat berteduh..
Asyik tnya rumah sewa, 'kite nak org perempuan jer'

Sakit hati la woi,, tiap2 hari jalan cari rumah sewa,
tapi xdapat2 jugak,
Bila budak perempuan kluar cari rumah sekali je,
terus dapat... Apesal xadil sgt ni??

Kalau kiteorang boleh buat rumah sendiri,
kiteorg buat la...
Tapi kiteorang ni student, xkan nak buat rumah sndri kot...
Tak rugi la kalau rumah kosong tu buat sewa,
Duit pun masuk bulan2..

bagi la kami rumah sewa!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...