Pages

"PenGgEnap"

Friday, August 19, 2011

Ramadhan ini..

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..
Makna dari segi apa? belum pula difikirkan..
Terukkan aku ni? memang aku sedar aku ni teruk.
Bila masa aku tak teruk? Agak ramai juga orang yang tak suka aku.

Bukan sebab aku ni teruk, tapi aku ni kadang2 menyakitkan hati.
Eh, tak sama ke dengan teruk tu? Sama je sebenarnya, saja je nak putar belitkan 
supaya nampak lebih teruk.
Kenapa aku bincang pasal diri yang teruk ini?

Kerana ku mengharapkan pada bulan yang mulia ini menjadi permulaan
kepada diri ku untuk berubah kepada yang lebih baik.
Tapi aku mengalami satu kekecewaan pada bulan Ramadhan ini,
kerana aku perlu berkejaran ke sana-sini semasa insan lain berada di hadapan meja menunggu berbuka.

Sedih woo, berbuka atas motor je. Dah macam pelarian pulak, eh silap.. Macam musafir pulak.
Tapi nak buat macam mana, dah tu kerja aku.
Bila time masuk masa orang nak pergi masjib untuk solat Isyak dan Tarawih,
Aku masih lagi di kedai, buang waktu lagi.

Bila ku ini nak berubah? berenti la buat kerja tu.
Jadi lah manusia buat sekali sekala.
Ko macam tak ada life je. Orang lain menggandakan amalan la.
Takpe, sabar 3 hari lagi, maka aku akan bebas dari cengkaman kerja, 
tapi kembali pula kepada cengkaman belajar. hidup2, life2!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...