Pages

"PenGgEnap"

Saturday, February 26, 2011

"Time To Rest"

Assalamualaikum, apa khabar semua? harap2 sehat la deh.. Hari ni hari cuti hujung minggu, ada plan pegi mana2 x? HSAL hari ni xpegi mana2 sbb dah letih main bola match futsal semalam... dpt kptsn yg agak truk plak tu. Tp xpe la, at least dpt la jgk main.. walaupun dgn kesihatan badan yg kurang baik tp tetap main untuk team member2 yg lain..

 
Hari cuti, kalau dulu time skolah rendah, hari cuti ni ada je aktiviti yg nak di isi.. pegi mandi di sungai Paka, pegi mandi air terjun Chemerong, pegi masuk hutan, mengail di tasik Balora. Ye la kat kampung bnyk tempat2 mcm ni. Rasa rindu la kat geng2 lama yg pegi naik basikal ramai2 pegi mandi sungai.. Basikal HSAL asalnya kerangka saja, tu pun dari basikal kakak yg no.2 xpakai dah.. Dari terbiar mcm tu, HSAL pun ambik la renew balik.. Memang puas hati la dpt guna dari hasil titik peluh sendiri. Basikal ini lah yg bawa HSAL kemana2 kalau HSAL rasa boring, satu bndar AMBS di round nya. Warna paling simple dan kegemaran HSAL, Hitam.


Time umur 13 tahun, HSAL masuk Madrasah Al-Quran Pinang Baru. Time hari cuti, HSAL just basuh baju, petang main bola.. tu je la yg boleh dibuat sebab madrasah xleh bebas kuar masuk macam sekolah biasa. Masuk form 3, HSAL masuk sekolah kebangsaan semula sbb HSAL xboleh nak catch-up hafal Al-Quran mcm org lain.

Masa sekolah menengah, HSAL di Durian Mas. Masa cuti di isi dengan pegi cybercafe main game, xpun lepak2 di pondok dekat masjid. Senang la sikit terus pegi sembyng bila masuk waktu. Xpun lepak kat balora, masa ni cinta monyet la katakan.. masing2 ada couple.. Balora la tempat biasa sebab ada seat, pondok dan sedikit pemandangan tasik.. Budak kampung nak romantik la katakan..hahaha.


Masuk je form 6, HSAL pindah blajar jauh sikit dari kampung.. Belajar di SMKTIZ menyebabkan HSAL agak sibuk walau hari cuti.. Kadang2 hari Jumaat n Sabtu pun kena pegi sekolah sebab nak urus perpustakaan sekolah. Ye la, bila kita pegang jawatan ni, rasa bertanggungjawab tu datang sendiri. Tapi xselalu juga, aktiviti petang HSAL ialah ke pantai Dungun. Ambil angin pantai sambil makan keropok lekor, tapir goreng n pisang goreng.. Ni, kalau balik cuti lagi ni, HSAL masih tetap dengan perangai ni, pegi beli keropok pastu lepak la kat tepi pantai dungun, sorang2 lagi seronok. Sampai tertidur tepi pantai tu..

Sekarang, dah berada di UTHM Johor. Hari cuti? duduk dalam bilik je la. Keluar pun kalau nak beli barang2 sikit. Sebab kat sini xada tempat mcm kat kampung dulu, xada pantai, xada tasik, xada sungai, xada keropok lekor. Sabar je la, ni la adat berada di perantauan. Rasa rindu la pula nak balik ke kampung halaman.. So, cuti korang macam mana? HSAL pun rasa still ada masa nak isi cuti dengan perkara yg belum HSAL pernah buat. Apa lagi eh? nanti kalau HSAL dah terfikir nak buat apa dengan cuti, HSAL ajak korang join skali.. Ramai2 baru meriah cuti ini... Happy Rest semua!!!!

"Terengganu, Fun And Beautiful Ever..." 

Sunday, February 20, 2011

Pengurusan ke arah kemajuan.....

Ha, hari ni HSAL rasa bosan menunggu ahli kumpulan untuk perbincangan di perpustakaan.. Dah 1 1/2 jam menunggu, tp xada seorg yg datang lg. Saja je nak tengok mcm mana rasa tanggungjawab mereka terhadap masa. Ternyata HSAL rasa agak sedikit kecewa. Seperti kata2 yg digunakan oleh remaja zaman sekarang "janji Melayu". Tetapi kenapa Melayu? kalau dulu kelewatan tu jarang berlaku walaupun kemudahan tidak sehebat sekarang. Knp? mungkin kerana org dahulu di didik dengan sempurna.




HSAL berasa agak kecewa kerana HSAL agak ambil berat tentang pengurusan masa. Knp anak Melayu mcm HSAL xdapat nak menepati masa seperti bangsa lain seperti Cina dan India??.. Kalau la kita dapat ubah sikap masyarakat kita menjadi seperti masyarakat Jepun. Bukan untuk mengubah negara kita menjadi negara dibawah pemerintahan tentera tetapi sekurang2nya berubah dari sikap yg lebih teratur dan berfikiran lebih tersusun.




 Baru-baru ni HSAL ada tengok video teknologi dari jepun, memang canggih sangat2. Mcm2 teknologi yg muncul dari pemikiran org Jepun, HSAL pun tertanya2 knp kita xdapat membuat pemikiran seperti mereka. Pengurusan teknologi telah lama di jalankan di syarikat2 di Jepun, tetapi di Malaysia masih baru lagi. Itu adalah mungkin faktor yg menjadikan pemikiran terhadap teknologi masih kurang dikalangan masyarakat Melayu. Di UTHM, tempat HSAL belajar, kursus pengurusan teknologi sudah bermula.

Kumpulan pelajar yg sama dengan HSAL ini dikira kelompok pembangun la. Harap2 hasil dari usaha kerajaan ini dapat membantu negara dalam mengejar dan mendahului dalam kemajuan teknologi. Sekarang HSAL masih samar2 tentang kepentingan pengurusan teknologi yg sebenar, tp insyallah HSAL akan berusaha untuk memanfaatkan segala yg dipelajari di sini untuk kepentingan kita semua, terutama anak Melayu.


Jadi buat masa sekarang HSAL harap dapat berubah kearah yg lebih baik dalam pengurusan masa, pengurusan teknologi dan terutama pengurusan diri supaya dapat menjadi insan yg peka terhadap perubahan dan bergerak seiringan dgn kemajuan yg berlaku tnpa terpengaruh dengan faktor luar yg tidak baik. Buat teman-teman yg sama berjuang dlm pelajaran, HSAL berharap supaya kita sama2 berganding bahu dalam menjadi insan yg dapat membangunkan negara kita yg kecil ini.. 

Jika....

Jika is sebuah cinta..ia tidak mendengar...namun sentiasa bergetar.
Jika ia sebuah cinta...ia tidak buta...namun sentiasa melihat dan merasa 
Jika ia sebuah cinta...ia tidak menyeksa...namun sentiasa menguji.
Jika ia sebuah cinta...ia tidak memaksa...namun sentiasa berusaha 

Jika ia sebuah cinta...ia tidak cantik...namun sentiasa menarik. 
Jika ia sebuah cinta...ia tidak datang dengan kata2...namun sentiasa menghampiri dengan hati.
Jika ia sebuah cinta...ia tidak terlafaz...namun sentiasa terpacar dari sinar mata.
Jika ia sebuah cinta...ia tidak hanya berjanji...namun sentiasa memenangi.

Jika ia sebuah cinta...ia mungkin tidak suci...namun sentiasa harmoni.
Jika ia sebuah cinta...ia tidak hadir kerana permintaan...namun sentiasa hadir kerana ketentuan.
Jika ia sebuah cinta...ia tiada pada kekayaan...namun sentiasa pada pengorbanan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...