Pages

"PenGgEnap"

Saturday, December 31, 2011

Penutup Tirai 2011


Kini tiba hari pengakhiran bagi Tahun 2011.. 
Bermacam-macam perkara berlaku sepanjang tahun ini, pelbagai halangan, dugaan, cabaran, dan juga kegembiraan, keseronokan yang menjadikan semua ini sebagai satu pengalaman yang bermakna dalam hidup.

Setiap pekara yang berlaku telah mematangkan pemikiran kita, cuma samada kita menjadikan ianya teladan atau pun sempadan. 
Dah yang penting adakah kesilapan yang lalu tidak lagi kita ulangi. Dan adakah kejayaan yang dulu kita dapat ulangi. Dan apakah yang kita telah merubah dalam kehidupan kita selama 1 tahun ini berlalu.

Jika kita masih ingat azam 2011 kita pada akhir 2010 dahulu, adakah ianya tercapai?
Kalau masih belum tercapai, apa kata kali ni kita menanam azam yang sama tetapi dengan perancangan.
Sekurang-kurangnya kita tidak tersesat dan tersasar dalam mencapai apa yang kita mahukan.
Dalam pada masa yang sama, kita kena yakin bahawa 
'Kita ini hanya manusia lemah yan hanya mampu merancang, jadi pohonlah Keizinan dan Kemaafan daripada Yang Maha Esa'

Ini adalah perakhiran penulisanku untuk Tahun 2011.. 
Next is Welcome to 2012!!

Wednesday, December 28, 2011

Listen Radio/TV Online

Oleh kerana rumah sewa kami ni xada TV sebab nak kurangkan penggunaan elektrik dunia, 
Maka kami telah menggunakan kemudahan internat bagi mendapatkan info dunia sekarang..
Perkongsian kepada semua pembaca blog aku ni.
Di sini beberapa link yang aku pakai:



 TV1 /TV2



Link ni free, xde nak daftar n install apa2..
Tapi ingat, line korang mestilah power jgn sampai ganggu member lain nak on9.
Enjoy yourself n follow me..

Dirinya Sebenar - James Baum

Lagu syok!!.. Baru ni layan movie 'Aku Bukan Tomboy' lakonan Scha Al-Yahya dan Shaheizy Sam arahan Samsul Yusof.. Ok la cerita ni.. Aku boleh bagi 4.5 star dari 5..



Yang menarik minat aku ialah OST dia dari James Baum yang bertajuk Dirinya Sebenar.


Dah layan lagu nie?? Ok, dapat tak mesej yang ingin disampaikan oleh nya?
Sebenarnya banyak mesej yang terkandung dalam ni. Aku pun xnak menjelaskan supaya korang cari sendiri la apa makna tersirat. Jadi aku bagi lirik dia kat bawah ok.



Lirik Lagu Dirinya Sebenar - James Baum

Mungkin kerna tiada kepastian, 
Dalam menuju ke dewasaan,
Liku liku hidup, owoh oo oh,
Mungkin Kerna telah terduka, 
Waktu sedang memahami cinta,
Bukan yang dimahu, Ia bukan lagi pilihan,

Bukan lagi satu pencarian,
Tidak lagi mengejar jawapan,
Inilah pendirian sebenar, ow oo oh owh,

Harus tahu siapa dirinya yang sebenar,
Yang Dimahu hanyalah,
Untuk hatinya dibuka semula.....

Walaupun hanya pandangan mata,
Sentuhan harus diambil kira,
Inilah hakikatnya,

Usah beri pandangan berbeza,
Usah kecekan untuk bertukar,
Aku la aku engkau la engkau owh ooo owh oo woh oh,

Harus tahu siapa dirinya yang sebenar,
Yang dimahu hanyala,
Untuk hatinya dibuka semula.....

owh owh owh ohh.........

Harus tahu siapa dirinya yang sebenar,
Yang Dimahu hanyalah,
Untuk hatinya dibuka semula..


Ok, kalau dah dapat mesejnya, sila lah berubah demi menjadi insan terbaik dalam golongan terbaik..
tidak lagi menjadi insan yang berangan2 dan ketinggalan ye..
p/s: Aku dah jadikan lagu ni sebagai pembakar semangat ku.. korang??

Saturday, December 24, 2011

'Dinner of TEMAN club (Technology Management)'

Tarikh keramat - 18 Disember 2011 - Dinner TEMAN yang pertama dianjurkan.
Sebagai pengerusi TEMAN, nak urus program yang dirancang last minit memang agak menyakitkan kepala.
Bukan nak urus program tu yang pening, tapi dengan kerenah pelbagai manusia.
Tapi alhamdulillah, dalam keizinan oleh NYA. Malam Isnin itu menjadi malam kenangan kami semua terutama MT TEMAN the hottest (ayat Azuana).

17 Dec - Hari hujan merupakan cabaran kami, dari Batu Pahat ke Air Hitam menaiki motorsikal. Demi mencari hadiah/cenderahati untuk semua. Hasilnya kami dapat benda cute kat bawah ni.....

 18 Dec - Hujan dari semalam lagi tak berhenti, malah sedikit masa lagi untuk program pun semakin lebat..
Memang dah sedikit putus asa. Tapi benda tetap perlu diteruskan, walau dalam kebasahan dan kesejukan.
Alhamdulillah, rupanya hujan pada hari tu ada rahmatnya.. Program yang kami anjurkan sendiri ni memang berbaloi..
Macam biasa la falsafah aku, 
I keep the sad moment in word.
I keep the happy moment in picture.
I keep my story in Murdoc Diaries.

This is the happiest moment of 2011, so check this pic out:- peace yo!!






p/s: Thanks to all the member of TEMAN.. Hope next year will better than this!! 


~Quran Online~

Aku rasa dah agak lama aku xbuka Al-Quran..
Bukan tak buka terus, tapi tak buka Kitab Al-Quran..
Sekarang ni aku dah ada 2 alternatif, di mana aku dapat bawa Al-Quran itu kemana saja aku pergi..
Jadi, mudah la bagi ku untuk membaca dan mengulang apa yang aku pernah hafal dahulu..

Alternatif pertama ialah Al-Quran Compact dalam phone, walaupun agak kecik sebab phone kecik..
Tapi masih boleh baca, ala bukan mata ada penyakit rabun pun.. Sekurang-kurangnya phone buruk ni ada app ni, Bukan besar pun memory dia. Xrugi malah lagi untung.
Alternatif kedua ialah setiap hari aku buka dan pasang, tapi yang ni kena la ada kemudahan internet baru boleh bukak..Link dia kat bawah ni





Ha, link ni ialah untuk ke Quran Explore Online.. Alhamdulillah, banyak kebaikan yang dapat dari ni:
1. Kalau kebiasaan bila online pasang lagu, tapi kali ni setiap kali online dengar bacaan Al-Quran pula. Sejuk hati dan otak ni. Lebih-lebih lagi kalau buat kerja.
2. Bacaan dari pelbagai reciter dari Mekah, yang sentiasa aku pasang ialah bacaan oleh Mishari-Rashid..
Dan aku boleh la follow demi perbaiki tajwid. Cuma nafas ku je yg xsampai.
3. Terjemahan dari berbagai bahasa termasuk lah Bahasa Melayu, Indonesia, English dan lain2.
4. Petunjuk Tajwid dan Bacaan. 2 pilihan samada tulisan seperti biasa atau bersama Hukum Tajwid yang berwarna.
5. Pilihan pun banyak, samada nak print, nak share di FB, di Twitter,atau lain2
6. Pengunaannya teramat senang, tidak memerlukan manual pun..

Tekan ni untuk ke Quran Explore Online

p/s: Sedikit bahagian tepi mungkin tak berapa nampak, jadi dengar lah bacaan elok2..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...