Pages

"PenGgEnap"

Tuesday, April 3, 2012

Old Memory

Hehehe.. rasa sangat kelakar bila teringatkan kenangan semasa di sekolah rendah dulu..
Kenangan disekolah? kurang kot sebab diri ni pemalas pergi sekolah. Dalam seminggu, 2 atau 3 hari je pergi sekolah.
Hari Ahad memang tak pergi sekolah la sebab ada perhimpunan dan duk rumah boleh tengok cerita Dragon Ball.
Baru-baru ni ku ketemu video ni, membuatkan ku teringat semula zaman kecil dulu-dulu. Hanya insan yang lahir pada 90-an je dapat merasa benda ni. Zaman sekarang memang dah tak ada dah sebab budak zaman sekarang jauh beza dengan dulu. Sekarang budak darjah 1 pun dah bawa handphone ke sekolah. Dulu handphone pun tak kenal, So, pelbagai permainan la di lakukan. 
Itulah kenangan paling manis.. Pemadam pun boleh buat main, sampaikan habis duit beli pemadam.. 
Semua dalam video ni aku dah pernah buat dan banyak lagi aku buat selain dalam video ni.. Rindu nak kembali ke zaman kanak2..


Kepada kawan-kawan diluar sana yang pernah merasa benda ni..
aku nak bagitahu satu je...
'Ini hanya kita yang merasa manisnya, orang lain hanya mampu melihat sahaja... Maka, berbanggalah sesiapa yang lahir dan menempuh zaman ini'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...