Pages

"PenGgEnap"

Tuesday, June 28, 2011

Putrajaya....

Putrajaya. Lebih setahun ku meninggalkannya.
Walaupun ia bukan tempat kelahiran ku, tetapi di sini lah tempat di mana aku mengenal permulaan hidup.
Di mana merupakan tempat aku mengenal erti kesusahan menjadi golongan pertengahan.
Tempat di mana ku merasa separuh apa yang ayah ku rasa selama ini.
Tempat di mana kadang-kadang ku merasa berada betul-betul di bawah.
Tempat di mana aku membina kerjaya pertama.
Tempat di mana aku mengenal hubungan dari berlainan insan.

Kini ku kembali semula walau bukan hajat ku.
Ku mencari kembali kawan-kawan,
Ku mencari kembali tempat kerjaku,
Ku mencari kembali jalan ku,
Dan ku mencari kembali diri ku.

Jika dahulu aku memberi alasan untuk mencari pengalaman,
Kini aku memberi alasan untuk mengisi masa lapang,
Selepas ini siapa tahu apa lagi alasan ku.

Jambatan, Tasik, Bangunan.
Memang tak ada apa yang menyeronokkan di sini.
Betul, manusia hanya membuat rutin seharian dalam menjalani hidup,
Setiap hari melakukan benda yang sama.

Termasuk lah aku, Tapi tak mengapa kerana aku sudah meletakkan hidup sementara aku di sini.
Sekurang-kurangnya aku mendapat lebih ramai kenalan berbanding di kampung.
Sekurang-kurangnya aku sudah dapat mengenal tempat-tempat baru.
Sekurang-kurangnya aku dapat menjadikan hidup yang sunyi ini sedikit ceria.
Sekurang-kurangnya aku dapat mengisi diari hidup ku dengan cerita ku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...