Pages

"PenGgEnap"

Wednesday, November 30, 2011

"Roket berhias??"

Semakin di fikirkan, semakin sakit hati la..
Memang tak patut, Duit dah keluar banyak, tenaga dah guna banyak, masa dah terbuang banyak..
Semua pasal roket!!
Tak adil betul la, ni merupakan sistem pemilihan paling teruk di abad ini pernah aku jumpa.

Kalau cerita pasal roket, mesti nak tengok ia terbang tinggi/jauh kan.
Tapi kali ni, paling pelik pernah aku jumpa. PILIH ROKET CANTIK!!!
Awal2 dulu bagitahu, "ia mesti ada unsur2 kesenian bahasa dan mampu terbang jauh"
Bila dah siap semua, dengan reportnya yg tebal, dengan pelancarnya bagai, bila pergi tunjuk..
"OK, petang ni saya call siapa yang layak.." tiba2, Padahal tak test pun lagi nak tengok boleh naik ke tak!.

Kalau tengok yg lain punya apa, ada rambu2, lilit ni lilit tu.. 
Bukan Pertandingan Roket Air tapi Prtndingan Roket Berhias..
Tak pernah di buat orang.. Roket aku bukannya kosong, siap ada character dan symbol mandarin lagi..
Terbang pun bukan main jauh lg (Test kat depan rumah pukul 3 pagi).. 
Tapi tak ada test saringan apa terus kena reject.. 
Group Yunos pun kena benda sama, roket paling jauh dalam kelas dia, tak ada roket boleh challenge dia tapi kena reject sebab rupa. (Tapi boleh tahan la sebab dia ada jugak test saringan)..

Ahhh, bengang gila hari ni!!!!

Sunday, November 27, 2011

"Projek UTHM - Roket Air"


Sempena Karnival Bahasa Antarabangsa yang akan dilangsungkan tak lama lagi di UTHM..
Kini ku sibuk sedikit, bukan sbgai pengurus tapi sbgai salah satu dalam seribu peserta untuk pertandingan roket air. Sekarang hati dah sedikit lega sebab projek ini dah hampir siap..

Walau hasil tak la berapa nak cantik, tapi itu adalah usaha aku dan 'team work' kot. (team lain pulak yg banyak tolong aku) Tapi tak kisah la, janji benda ni siap dan layak masuk pertandingan.

Lebih2 lagi hampir 60% adalah bahan terbuang, dapat la membantu bumi yang kini kian usang kerana sampah.

Oleh kerana bertemakan bahasa, roket team kitaorg pun mesti ada unsur2 bahasa kan.

Mandarin, bahasa yg perlu aku ukir pada badan roket ni.

Namanya kalau dalam Character Mandarin : 第一火箭
Maksudnya: First Rocket memandangkan ini ialah roket pertama yg kami buat..

Xsabar pulak nak tunggu masa nak test nanti. Mintak2 jauh la perginya.
Kepada kawan2 yg ambil bahagian, aku harap korang dpt buat yg terbaik..

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433


Hari telah masuk Tahun Baru Islam.
Bagi umat Islam sepatutnya ia menjadi antara hari yang paling besar.
Kerana ia sepatutnya menjadi hari untuk semua umat memohon doa dan menanam azam yang lebih besar dalam mendekatkan diri kepada TUHAN YANG MAHA ESA,

Tetapi setelah berlakunya perubahan zaman dan tamadun,

Kadangkala kita tidak sedar akan kewujudan hari ini, mereka hanya tahu Tahun Baru dimana mereka akan pergi dataran bersama kawan2 untuk berhibur.
Sesetengah sedar akan kewujudan hari ini tapi mereka tidak berbuat apa2, sesetengah lagi hanya mengucapkan salam tahun baru maal hijrah di FB, dan macam2 lg la..

Tapi persoalannya adakah masih terdapat golongan yang mengunakan hari ini untuk memohon keampunan dan keredhaan dari ALLAH S.W.T?
Adakah terdapat golongan yg mula berubah segala sikap dan sifat kearah yg lbh baik ?
Adakah masih terdapat golongan yg mengunakan hari ini sbgai hari yg paling bermakna demi hidup dunia dan akhiratnya?
Dan yang paling penting, berapa ramaikah mereka yg sedar akan perkara ini?
p/s: Salam Maal Hijrah.. Aku pun dah berniat nak berubah, semoga diberi kekuatan oleh-NYA supaya dapat ku berubah menjadi lebih baik dari segala aspek kehidupan untuk kebahagian dunia dan akhirat.

Thursday, November 24, 2011

Love Movie

Have a little time to enjoy for myself...
Hobi aku sekarang complete dah bertukar, kalau dulu aku lebih minat jalan2 n ronda2 xkira siang atau malam. Duduk kedai, duduk tepi jalan, duduk mana2 saja yang aku rasa selesa, tengok gelagat manusia adalah kegemaran aku. Daripada tu aku akan buat kategori manusia, tapi itu hanya untuk aku je..


Tapi sekarang ni, nak kluar pun dah malas. Sejak belajar kat UTHM ni, disamping kerja yang banyak. Di tambah dengan otak ni yang susah nak terima apa yg dipelajari lebih2 lagi yg melibatkan memory. Di kalangan kawan2 aku lebih dikenali dengan nombor. Sebab aku lebih seronok dengan subjek yg mengira, Math, Mngment Science, Statistic, Acount n sgala yg melibatkan nombor. Tapi bila masuk subjek yg mengguna banyak memori seperti Sejarah, Kenegaraan, Bahasa n berkaitan aku memang failed.



Oleh sebab belajar sangat, aku pun jarang keluar untuk enjoy this life ni lebih2 lg condition badan aku ni yg agak lemah sikit. So, duduk rumah bila ada masa lapang kerja aku mendownload cerita2 n main game je la..
Memori external n internal pun dah hampir penuh dengan movie je. Cerita lama pun aku tak delete sebab kadang2 mood pelik datang untuk tengok cerita lama2. 
Cerita yg paling aku nak kongsi dengan korang ialah cerita yg paling sedih bg aku. Aku pun tak tahu kenapa, tapi aku dah berpuluh kali ulang cerita ni.. Memang sedih, aku rasa ni la movie terbaik pernah aku tengok seumur hidup aku. 

Sape yg baca post ni, aku harap korang hayati cerita ini. THIS ALL ABOUT LIFE!! LOVE



Goodbye
When you leave, 
I’ll wave my hand goodbye
In the midst of the wide scenery…
We will look carefree
We will look beautiful
The winds begin blowing as though it will rain, 
what a perfect timing
Slowly, we grow apart
Goodbye, my love…



http://www.youtube.com/watch?v=lE8r58dmmUE - This only trailer.. Aku xdpt cari link untuk download...

p/s: kdg2 aku rasa 1 watak dalam tu telah mewakili hidup aku.. I Miss Her So Much..

Sunday, November 13, 2011

"Berita Sedih Di Pagi Hari"

Pagi hari aku sudah dikejutkan dengan berita yang betul2 tak aku sangka...
Kalau dulu seorang sahabat ku, arwah Syafiq Ali Khan telah meninggal..
Sekarang kawan baiknya pula mengikutnya.. 

..AL-FATIHAH BUAT SAHABATKU ADLI ARIFIN....
..14/11/2011..

Hidup manusia telah ditetapkan oleh-NYA..
Bila-bila masa sahaja kita akan dijemput olehnya..
Sahabat2 kita telah pergi menghadap YANG MAHA ESA..
Hanya kita yang masih leka di dunia yang sementara..

Semoga Rohnya di cucuri rahmat.. (AMIN)
Dan kepada yang masih bernyawa, ku harap gunakan masa yang ada sebaik mungkin supaya kita dapat bersedia apabila menghadap-NYA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...