Pages

"PenGgEnap"

Monday, March 28, 2011

"Jodoh"

Pertama ialah Cinta Kepada Allah, kedua cinta kpd Nabi Muhammad, ketiga cinta kpd agama, 
keempat adalah cinta kepada ibu bapa, kelima cinta kepada tanah air..

Yg terakhir ialah cinta kepada insan.. Ketentuan cinta adalah di panggil jodoh.
Terdapat 3 jenis jodoh kepada insan.

1. Jodoh kerana Syaitan...
2. Jodoh kerana Jin..
3. Jodoh kerana Allah..

Jodoh kerana Allah ialah jodoh yg membawa kepada kebahagiaan yg berkekalan,
bermula dari pertemuan, pernikahan, perkahwinan..
dari dunia ke syurga..

Jadi yakin lah, hidup, jodoh, ajal maut adalah ketentuan Allah. Segala yg di panggil ketentuan adalah tidak dapat di ubah walau dengan menggunakan seluruh kudhrat makhluk di dunia ini.

Saturday, March 26, 2011

"MAHAT"

Ape itu MAHAT? bukan makan pahat eh, bukan makan hati, tapi Mahasiswa Anak Terengganu.
Mlm sabtu 26/03/2011 - perjumpaan pertama AJK MAHAT dengan student2 dari terengganu yg belajar di UTHM.
blh la jgk mug sbgai kenang2

Tapi hok mari sikit je, sbb ade palapes, ade ikut konvoi ke PD, ada yg kena BTN, ade jugok hok xdop pitih.. Rugi tau sape xpegi, makan nya pergh. cukup lengkap, ade ikan msk stim, daging merah, ayam msk kunyit, udang msk kicap, tom yam udang dan bnyok lg la.. balik tidur dgn perut yg kenyang..
ini yg paling sedap, smpai xcukup..

Dapat pulop hadioh bagi 'jejaka tranu idaman'.. hehe, sebab baju je pun. Pape pun, td memang seronok dgn makan. Orang tranu memang kuat makan.
udang, ayam, daging, puyuh, telur, dan ikan.. complete

Mintak2 lepas ni MAHAT boleh buat bnyok lagi aktiviti untuk anak2 tranu yg duduk jauh dari rumoh ni. Pg manjat gunung ke, candat sotong ke, ok gok... hehehe..
makanlah acara utama..hehehe


muka xsbr dah la tu


blh jugak bwk balik hamper..

nak masuk jugak die..

Sunday, March 20, 2011

"Explore Race untuk pembelajaran"

19 Mac 2011 - Pagi Sabtu yang tenang di UTHM telah menjadi hari yang kecoh, tapi kat kawasan Dataran Siswazah je la.. Kelas TITAS buat program yg di anjurkan oleh student kepada student. Explore race yg melibatkan markah untuk kelas TITAS. En.Hisyam memang sporting gile sbb buat cara pengajaran seperti ini.
En.Hisyam- cara mengajar memang berbeza
Hari ni memang enjoy sangat2, macam2 la yg berlaku. Letih? xde hal la.. Bukan letih berlari sebab explore pun tapi letih bergambar.. hehehe..
Jom, check it out gambar untuk kenangan kita semua (TITAS Seksyen 1-2011)
nak start main2 pun kena la du mulakan dengan doa dulu 

bergmbr dgn akak2

hero kelas TITAS Sec 1
pagi2 dah mkan tepung
minum la air bawang tu smpai habis neh
titas seksyen 1
ko rasa hensem x aku??
pening2... seronok sial game heli ni
nak berlepas ke x ni?
brian dah pengsan ke?
 

  

i/s: sem depan kita buat benda lain plak... semua bpa kena ada

Friday, March 18, 2011

Dah berapa hari aku terlepas nak berceloteh dalam blog aku ni.. Sibuk sangat dengan assignment, test, dan dengan masalah peribadi. Sampaikan tak tahu nak fikir yang mana satu.
Otak pun dah buntu nak buat apa dalam ni, so menggaru kepala la jawabnya,


Aku ingat masalah aku dan si dia dah selesai, rupanya aku tak mengubah apa-apa selain memburukkan keadaan.
Tapi itu bukan yang aku nak, malahan ia adalah benda yang paling aku nak jauhi.

Tapi di ungkitkan juga, dia tak cuba mendengar apa yang aku kata. Dia tak pernah cuba memahami keadaan aku. Dia hanya fikir perasaannya. 
Aku dah cuba jaga ia, tetapi sebagai yang tidak sempurna, aku tidak mampu untuk memastikan ianya mengikut kehendaknya. Mungkin cara senyap adalah bukan terbaik dalam menyelesaikan masalah, tapi ini yang dikehendakinya, supaya aku tidak lagi bersuara.

Daripada aku terus menyakitkan telinganya dengan suara ku, lebih baik aku bersembunyi dalam dunia aku sendiri.
Daripada aku terus menyakiti hatinya seperti katanya, adalah lebih baik aku tidak lagi wujud dalam dunianya.
Ini adalah yang terbaik walaupun perit yang aku rasakan.


Hati seorang anak lelaki kembali sunyi seperti dulu..

Tuesday, March 15, 2011

"Filem Tempatan Terbaru"


Merong Mahawangsa.. Cerita baru dah kluar ciptaan tempatan.. Adakah cerita ini dapat meningkatkan tahap perfileman melayu? setelah sekian lama mendapat pandangan negatif dari penonton.. Adakah cerita ini dapat mengubah perspektif warga Malaysia terhadap filem tempatan? Harap enjoy la sikit nanti nak tengok..
slmt menonton!!

Monday, March 14, 2011

"xpernah pulak...."

Pasal akal lagi kot, kebelakangan ni aku berasa pelik dengan diri ku. Xpernah berlaku, tiba2 berlaku.
Badan ku letih tak ikut masa. Sampaikan aku buka buku statistik sekejap xsampai 2 minit, aku terus xsdar diri.
Aku xberasa mengantuk tetapi tiba2 boleh tidur. Batuk pun xhilang2 lagi walaupun xberapa teruk.

Yang paling xku sangka, bila aku bangun tidur, aku ada buat phone call. Dan xtahu kenapa aku boleh buat phone call itu. Sampaikan aku nak beri jawapan pun aku xtahu. Dan bila aku dapat mesej ketika sedang tidur, aku boleh balas dalam keadaan mamai. Bila bangun, xingat pun ada balas mesej. Tapi tengok send item dalam phone, ada mesej yang aku balas.

Aku sendiri pun pelik, macam otak separa sedar aku ini bertindak balas. Tapi xtahu puncanya. Adakah sebab badan ni sakit? atau sebab badan ni letih? Tapi xmungkin sebab aku cukup tidur. Cuma kurang exercise je.

So, aku nak minta maaf la kepada orang2 yang call masa aku tido, kalau aku xlayan, jawab kasar, atau mengarut. Aku betul2 sparuh sedar masa tu. Siapa2 yg ada alami benda yang sama, boleh x kongsi untuk hilangkannya sebab aku xnak ada orang fikir yang negatif tentang diriku ini..

Sunday, March 13, 2011

"Statistik"

Pening ada, mengantuk pun ada, xfaham llagi la, yang paling penting malas xboleh tinggal.. hehehe itu lah adat bila belajar.
Malam ni ada test pulak. Statistik, blh jawab ke x tahu lagi.. Study? xada. Just ingat formula je sudah.
Mintak2 boleh score, ganti yang test pertama yang just dapat 25/30. Kalau dapat full mark kali ni, final exam boleh duduk relax sikit. Usaha la semua yang ambik Statistik Sem 2 ni ok... Senang je kot

Saturday, March 12, 2011

"Facebook"

Pagi?? Dah tengah hari rupanya... Inilah rasanya bila hari cuti.. Bangun pun lewat, mcm mana rezeki nak masuk?
Aduh, bgun pagi cuti ni kalau xtahu nak ke mana. Kerjanya bukak FB dgn Blog la jawabnya..
FB? Facebook la, teringat pulop kat gambar pertama aku letak. Banyak la komen ku dapat, positif ada, negatif pun banyak.. Dengki kot..Hahahaha

Hok tepi ni la gambar pertama HSAL kat FB. Ada org kata mcm mat rock. Mat memang nama HSAL kat kampung, tp rock kureng la. Ada yang kata koyal, ala koyal pun koyal la. Bukan ada sakitkan org pun. Kakak HSAL pulak kata macam kerengge. Ada ke patut? xpatut2...

Masa HSAL letak gambar ni, HSAL sunyi masa tu, gambar ni kan gmbar lonely boy. Xada orang nak teman HSAL berbual2. HSAL pun terduduk macam tu frust kot. Kadang2 rasa juga yang diri ini macam xada fungsi kat dunia ni. Sampai xada orang sedar kewujudan diri ini. Sedih la pula.. 


 



Lepas tu lupa plop letak gmbr yg mana. Tapi gambar atas ni yg ke-4 kot tukar.. Ni pun sebab boring duduk dalam bilik, so ambik la gmbor stail eminem. Komen yg dapat? 'Yo Wassup bro' dari member yg belajar kat jepun. Nak rap xberapa pandai, tapi kalau nak dikir boleh la.





Pastu tukar sekejap gmbor ladybug ni.. Sebab masa tu berasa macam nak Go Green, lgpun gmbar ni ada makna. Ala refer la balik post yg sebelum ni. ada ceritanya. Gambar pun berubah mengikut mood jugak. Tapi sebab mood HSAL ni happy je sokmo, so HSAL tukar gambar yang ceria la.






Ha, gambar ni baru lg, masa cuti mid-sem baru2 ni. HSAL pegi Putrajaya dengan member2. Tapi HSAL pun pelik kenapa mata HSAL jadi merah bila ambil gambar yang ada flash. Nak jadi naga kot. Hari tu rugi la sebab hajat nak pegi makan sate kat Medan Selera P16. Tapi bila sampai je dah tutup, last2 pegi tempat HSAL lepak dulu2, kedai mamak P9.




Yang ni pula masa duk tunggu lecturer mari. sempat lagi nak posing ambik gambar. Am pula main gambar sephia. Kira macam gambor lama2 la. Yang ni yang latest. Lepas ni nak tukar apa pula. Tapi 1 je, HSAL xsuka FB yang letak gambar orang lain. Macam xsyukur pada apa yang diri ada je. Dah, perut pun dah lapar. Kita pegi makan dulu la. Nasi ayam pun ok juga hari cuti ni. Jom pi makan!!!!


p/s: thanks la kepada sesiapa yang follow blog HSAL yang xberapa cantik ni. Tolong bg sikit comment dan idea.

Thursday, March 10, 2011

"Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Qasas :
Daripada rahmat-Nya, (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur."
Sabihah ni kuat tidur jugak neh..

Assalamualaikum w.b.t. Malam ni HSAL nak kongsi tentang suatu perkara yang sinonim dengan setiap org kerana ianya dialami oleh semua org. Tidak kira umur, jantina, kaum atau apa sahaja. Sesuatu yang merupakan nikmat dari Tuhan yang paling besar, iaitu NIKMAT TIDUR.. (mungkin kebelakangan ini HSAL sudah susah nak tidur awal kot, sbb tu tulis ni).

Apa itu tidur? tidur adalah satu keadaan di mana otak kita berada di bawah paras separa sedar, tetapi dengan mata yang tertutup kerana berehat. Oleh kerana ianya berlaku dalam keadaan ini, kadang2 kita akan mengigau, bermimpi, dan sebagainya. Kadang2 ia boleh membawa kita kepada perkara yang aneh seperti berjalan ketika tidur..
"Sunyi la pula bila xdengar celoteh adik wan ni.."

Tidur ini adalah berbeza bagi setiap orang, ada orang yang mendapat masa tidur yang panjang seperti kisah As Habul Kahfi. Ada yang mendapat tidurnya sedikit malahan ada yang hilang nikmat tidurnya. Ada yang senang untuk tidur, letak kepala je terus tertidur. Ada yang susah nak tidur, sampai terpaksa telan bermacam-macam ubat.

Tidur juga dipengaruhi oleh kebendaan dan kedudukan. Tidur orang kaya dengan orang miskin berbeza. Orang kaya mendapat tempat tidur yang selesa, tetapi tidak semua dapt tidur dengan tenang kerana memikirkan keselamatan harta mereka. Orang miskin pula hanya mendapat tempat tidur yang keras, tidak tentu, tetapi tidak semua tidak dapat tidur kerana faktor ini. 

Tidur kerana Allah adalah ibadah.  Macam mana perbuatan tidak sedar pun boleh di kira ibadah? Caranya ialah, sebelum tidur kita amalkan sunah nabi seperti berwudhuk, solat sunat, zikir, doa dan niat untuk bangun tahajjud. Dan sebaik2 amalan ialah meminta maaf dari sekalian manusia dan hidupan, dan membuat catatan hutang. Kerana kita tidak tahu bila kita akan di jemput oleh-NYA. Adakah kita masih ada untuk hari esok? Oleh itu hutang adalah perkara yang paling di jauhi oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Mata pun dah mengantuk, HSAL pun nak merasa nikmat tidur. Jadi, HSAL ingin meminta maaf jika mana2 perbuatan, perbualan dan coretan HSAL ini ada melukakan hati mana2 pihak. Harap di maafkan. 
"Selamat Malam, Assalamualaikum....... "

*p/s : HSAL xboleh nak lelap la, so tulis la blog padahal jam sudah menunjukkan 2.30 a.m. Hehehe 

Wednesday, March 9, 2011

"Kenyataan VS PEMBOHONGAN"

Hari ni HSAL telah mendapat satu input yang sangat berguna kepada diri HSAL dan juga untuk kawan2. Terima Kasih kepada pensyarah TITAS, kerana telah memberi kami peringatan mengenai perubahan yang telah mengubah pemikiran kita sebagai seorang umat islam.
Tajuk hari ialah "Kenyataan dan Pembohongan". Kedatangan dunia dajjal ialah dimana dunia yang dipenuhi pembohongan yang mengkaburi kenyataan yang sebenar. Apa yang dikatakan oleh dajjal syurga adalah sebenarnya ialah neraka.

  
Yang mana akan anak2, remaja2 kita akan pilih sebagai makanan mereka?
Adakah yang menarik rupanya, menarik baunya, cepat disediakan, tetapi tiada khasiatnya?
Atau di anggap kekampungan, kolot, lambat untuk disediakan, tetapi banyak khasiatnya?
 




 

Yang mana dijadikan pilihan utama anda?
Adakah yang mempunyai rasa yang sedap, menarik, tetapi membawa keburukan?
Atau yang tiada rasa, tiada class, kosong, tetapi banyak kebaikan?

 Yang mana dijadikan pemanis mulut?
Adakah yang rupanya cantik, pelbagai warna, rasanya manis, tetapi membawa kepada kemudaratan?
Atau yang rasanya pelik, tidak popular, tetapi mempunyai beribu kebaikan? 

Yang mana sentiasa di mulut?
Adakah yang memberi perasaan macho, pelbagai jenis, tetapi meracun diri? 
Atau yang menunjukkan kekolotan, nampak buruk, tetapi memberi pelbagai ubat kepada diri?

Yang mana pilihan hidup?
Adakah yang menjadi rebutan ramai, yang cantik kerana perhiasan, tetapi ianya hanya make-up dan palsu?
Atau yang tidak populor, yg kelihatan tidak menarik, tetapi menjaga aurat dan maruah? 


Yang mana menjadi sumber kalian?
Adakah perkara yang selalu di war2kan, perkara yang menghiburkan, tetapi merosakkan minda?
Atau sumber yang selalu dilupakan sehingga berdebu, tetapi merupakan rujukan yang paling baik?

 

 Yang mana akan ditujui apabila anda ingin mencari penyelesaian dan ketenangan?
Adakah tempat yang boleh melupakan masalah buat sementara, tetapi tidak memberi ketenangan yg sebenar?
Atau sebaik2 tempat yg sentiasa di jauhi, tetapi merupakan tempat yg boleh memberi ketenangan sebenar?

Kesan dari penjajahan dari luar telah menjadikan pemikiran kita berubah, kenapa?
Kerana setiap penjajah akan meninggal seorang yang akan mempengaruhi minda negara yang dijajah.
Perubahan masa telah menyebabkan kita lupa siapa kita sebenarnya,
dan tujuan kenapa kita di hantar ke dunia ini.

Kenapa mesti mesti bergaya dan berharta untuk di pandang mulia?
kenapa mesti menipu, rasuah dan berperang untuk memegang suatu kuasa?
Pada hal hakikatnya adalah kemuliaan yang sebenar ialah di sisi ALLAH.
Pada hal hakikatnya kita adalah Khalifah di muka bumi ini.

"Fikir2, renung2kan dan selamat beramal, Bukan untuk mereka tetapi untuk kita" 

  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...