Pages

"PenGgEnap"

Thursday, March 10, 2011

"Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Qasas :
Daripada rahmat-Nya, (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur."
Sabihah ni kuat tidur jugak neh..

Assalamualaikum w.b.t. Malam ni HSAL nak kongsi tentang suatu perkara yang sinonim dengan setiap org kerana ianya dialami oleh semua org. Tidak kira umur, jantina, kaum atau apa sahaja. Sesuatu yang merupakan nikmat dari Tuhan yang paling besar, iaitu NIKMAT TIDUR.. (mungkin kebelakangan ini HSAL sudah susah nak tidur awal kot, sbb tu tulis ni).

Apa itu tidur? tidur adalah satu keadaan di mana otak kita berada di bawah paras separa sedar, tetapi dengan mata yang tertutup kerana berehat. Oleh kerana ianya berlaku dalam keadaan ini, kadang2 kita akan mengigau, bermimpi, dan sebagainya. Kadang2 ia boleh membawa kita kepada perkara yang aneh seperti berjalan ketika tidur..
"Sunyi la pula bila xdengar celoteh adik wan ni.."

Tidur ini adalah berbeza bagi setiap orang, ada orang yang mendapat masa tidur yang panjang seperti kisah As Habul Kahfi. Ada yang mendapat tidurnya sedikit malahan ada yang hilang nikmat tidurnya. Ada yang senang untuk tidur, letak kepala je terus tertidur. Ada yang susah nak tidur, sampai terpaksa telan bermacam-macam ubat.

Tidur juga dipengaruhi oleh kebendaan dan kedudukan. Tidur orang kaya dengan orang miskin berbeza. Orang kaya mendapat tempat tidur yang selesa, tetapi tidak semua dapt tidur dengan tenang kerana memikirkan keselamatan harta mereka. Orang miskin pula hanya mendapat tempat tidur yang keras, tidak tentu, tetapi tidak semua tidak dapat tidur kerana faktor ini. 

Tidur kerana Allah adalah ibadah.  Macam mana perbuatan tidak sedar pun boleh di kira ibadah? Caranya ialah, sebelum tidur kita amalkan sunah nabi seperti berwudhuk, solat sunat, zikir, doa dan niat untuk bangun tahajjud. Dan sebaik2 amalan ialah meminta maaf dari sekalian manusia dan hidupan, dan membuat catatan hutang. Kerana kita tidak tahu bila kita akan di jemput oleh-NYA. Adakah kita masih ada untuk hari esok? Oleh itu hutang adalah perkara yang paling di jauhi oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Mata pun dah mengantuk, HSAL pun nak merasa nikmat tidur. Jadi, HSAL ingin meminta maaf jika mana2 perbuatan, perbualan dan coretan HSAL ini ada melukakan hati mana2 pihak. Harap di maafkan. 
"Selamat Malam, Assalamualaikum....... "

*p/s : HSAL xboleh nak lelap la, so tulis la blog padahal jam sudah menunjukkan 2.30 a.m. Hehehe 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...