Pages

"PenGgEnap"

Tuesday, March 1, 2011

"Persahabatan..."

Apa pendapat korang dari gambar di atas??? Gambar ni HSAL ambil masa pegi merayau2 belakang rumah nenek HSAL. Pada mula HSAL tengok binatang ni, HSAL rasa cantik sbb warnanya, coraknya dan kilauan kulitnya.. Tapi bila di renung semula, HSAL berasa pelik melihat bentuk coraknya. Adik HSAL kata ada alien kat badan binatang ni.. Kalau dari mata kasar, memang dapat di lihat seperti seekor/seorang alien pada corak binatang ini.. Tapi itu adalah imaginasi sahaja la. Xsalah untuk kita berimaginasi. Kadang2 HSAL pun suka berimaginasi dengan awan. Pelbagai bentuk awan tu, kejap naga, kejap binatang, kejap benda, macam2 la jadinya.

"5 Ibnu Sina SMK Durian Mas"

Sebenarnya yang lagi menarik tentang binatang di atas ialah, kedudukannya. Terlintas di fikiran HSAL, eratnya persahabatan dan perhubungan mereka. Alangkah baik nya kalau HSAL dapat buat persahabatan seerat ini. Persahabatan kita sememangnya tidak putus, tapi ia berubah mengikut masa. Pada zaman sekolah rendah dahulu, beberapa org yang selalu bermain dengan kita adalah kawan baik kita. Bila sudah meningkat remaja, kita bertemu dan bergaul dengan ramai org dan berpindah ke sana- kesini. Kita akan bertemu dengan kawan yang baru. Maka kita akan bergaul rapat sehingga menjadikan mereka kawan baik kita pula.
"6 Intan 1&2 SMKTIZ"

Masa terus berlalu, apabila meningkat dewasa. Kita masuk kealam universiti atau alam pekerjaan. Kita pun berubah kawan mengikut situasi. Kadang2 kita sendiri xboleh nak tentukan yang mana satu kawan baik kita kerana masing2 ada tujuan tersendiri. Malah kita juga kadang2 boleh tertipu dengan orang yang kita menganggap kawan baik.


  
"thank, korang adalah kenangan yang paling manis dalam hidup ku"
"1 BPA UTHM Johor"
Kalau kita berpeluang berjumpa dengan kawan kita masa sekolah rendah dulu, adakah pergaulan kita masih erat seperti dulu? boleh dikatakan kemungkinannya adalah 10% sahaja. Atau lebih teruk lagi tidak mampu untuk bertegur sapa pun. Tidak usah cakap yang masa depan la, kita bercakap yang sedang berlaku sekarang. Kemudahan Facebook, kita add kawan2 kita. Sampai beratus2, beribu2.. adakah kita berbual selalu dengan kawan lama kita seperti dulu? tak mungkin walaupun dia online sentiasa, mustahil kita akan menegur dia setiap kali. Paling sikit pun masa dia terima invitation kita sahaja.



Kepada kawan ku semasa kecil yang aku anggap kawan baik: Syazmi Aizuddin, Wan Nasaruddin, Abdul Rahman. Kepada kawan ku Form6 Intan 1 &2 dan Bob(Firdaus), korang adalah kenangan paling manis yg aku dapat dalam hidup ini. dan kawan2 di UTHM (Ramai sangat la aku nak nyatakan).. Aku ingin minta maaf jika terlepas pandang korang di Facebook atau berselisih di mana2.... Aku xmengharapkan korang menganggap aku sebagai kawan baik, tapi aku mengharapkan persahabatan kita tidak akan terputus oleh masa tetapi terus bersambung kerana masa. 


"YOU ALL STAY IN MY MEMORY FOREVER" 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...