Pages

"PenGgEnap"

Wednesday, March 9, 2011

"Kenyataan VS PEMBOHONGAN"

Hari ni HSAL telah mendapat satu input yang sangat berguna kepada diri HSAL dan juga untuk kawan2. Terima Kasih kepada pensyarah TITAS, kerana telah memberi kami peringatan mengenai perubahan yang telah mengubah pemikiran kita sebagai seorang umat islam.
Tajuk hari ialah "Kenyataan dan Pembohongan". Kedatangan dunia dajjal ialah dimana dunia yang dipenuhi pembohongan yang mengkaburi kenyataan yang sebenar. Apa yang dikatakan oleh dajjal syurga adalah sebenarnya ialah neraka.

  
Yang mana akan anak2, remaja2 kita akan pilih sebagai makanan mereka?
Adakah yang menarik rupanya, menarik baunya, cepat disediakan, tetapi tiada khasiatnya?
Atau di anggap kekampungan, kolot, lambat untuk disediakan, tetapi banyak khasiatnya?
 




 

Yang mana dijadikan pilihan utama anda?
Adakah yang mempunyai rasa yang sedap, menarik, tetapi membawa keburukan?
Atau yang tiada rasa, tiada class, kosong, tetapi banyak kebaikan?

 Yang mana dijadikan pemanis mulut?
Adakah yang rupanya cantik, pelbagai warna, rasanya manis, tetapi membawa kepada kemudaratan?
Atau yang rasanya pelik, tidak popular, tetapi mempunyai beribu kebaikan? 

Yang mana sentiasa di mulut?
Adakah yang memberi perasaan macho, pelbagai jenis, tetapi meracun diri? 
Atau yang menunjukkan kekolotan, nampak buruk, tetapi memberi pelbagai ubat kepada diri?

Yang mana pilihan hidup?
Adakah yang menjadi rebutan ramai, yang cantik kerana perhiasan, tetapi ianya hanya make-up dan palsu?
Atau yang tidak populor, yg kelihatan tidak menarik, tetapi menjaga aurat dan maruah? 


Yang mana menjadi sumber kalian?
Adakah perkara yang selalu di war2kan, perkara yang menghiburkan, tetapi merosakkan minda?
Atau sumber yang selalu dilupakan sehingga berdebu, tetapi merupakan rujukan yang paling baik?

 

 Yang mana akan ditujui apabila anda ingin mencari penyelesaian dan ketenangan?
Adakah tempat yang boleh melupakan masalah buat sementara, tetapi tidak memberi ketenangan yg sebenar?
Atau sebaik2 tempat yg sentiasa di jauhi, tetapi merupakan tempat yg boleh memberi ketenangan sebenar?

Kesan dari penjajahan dari luar telah menjadikan pemikiran kita berubah, kenapa?
Kerana setiap penjajah akan meninggal seorang yang akan mempengaruhi minda negara yang dijajah.
Perubahan masa telah menyebabkan kita lupa siapa kita sebenarnya,
dan tujuan kenapa kita di hantar ke dunia ini.

Kenapa mesti mesti bergaya dan berharta untuk di pandang mulia?
kenapa mesti menipu, rasuah dan berperang untuk memegang suatu kuasa?
Pada hal hakikatnya adalah kemuliaan yang sebenar ialah di sisi ALLAH.
Pada hal hakikatnya kita adalah Khalifah di muka bumi ini.

"Fikir2, renung2kan dan selamat beramal, Bukan untuk mereka tetapi untuk kita" 

  

2 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...