Pages

"PenGgEnap"

Saturday, December 31, 2011

Penutup Tirai 2011


Kini tiba hari pengakhiran bagi Tahun 2011.. 
Bermacam-macam perkara berlaku sepanjang tahun ini, pelbagai halangan, dugaan, cabaran, dan juga kegembiraan, keseronokan yang menjadikan semua ini sebagai satu pengalaman yang bermakna dalam hidup.

Setiap pekara yang berlaku telah mematangkan pemikiran kita, cuma samada kita menjadikan ianya teladan atau pun sempadan. 
Dah yang penting adakah kesilapan yang lalu tidak lagi kita ulangi. Dan adakah kejayaan yang dulu kita dapat ulangi. Dan apakah yang kita telah merubah dalam kehidupan kita selama 1 tahun ini berlalu.

Jika kita masih ingat azam 2011 kita pada akhir 2010 dahulu, adakah ianya tercapai?
Kalau masih belum tercapai, apa kata kali ni kita menanam azam yang sama tetapi dengan perancangan.
Sekurang-kurangnya kita tidak tersesat dan tersasar dalam mencapai apa yang kita mahukan.
Dalam pada masa yang sama, kita kena yakin bahawa 
'Kita ini hanya manusia lemah yan hanya mampu merancang, jadi pohonlah Keizinan dan Kemaafan daripada Yang Maha Esa'

Ini adalah perakhiran penulisanku untuk Tahun 2011.. 
Next is Welcome to 2012!!

Wednesday, December 28, 2011

Listen Radio/TV Online

Oleh kerana rumah sewa kami ni xada TV sebab nak kurangkan penggunaan elektrik dunia, 
Maka kami telah menggunakan kemudahan internat bagi mendapatkan info dunia sekarang..
Perkongsian kepada semua pembaca blog aku ni.
Di sini beberapa link yang aku pakai:



 TV1 /TV2



Link ni free, xde nak daftar n install apa2..
Tapi ingat, line korang mestilah power jgn sampai ganggu member lain nak on9.
Enjoy yourself n follow me..

Dirinya Sebenar - James Baum

Lagu syok!!.. Baru ni layan movie 'Aku Bukan Tomboy' lakonan Scha Al-Yahya dan Shaheizy Sam arahan Samsul Yusof.. Ok la cerita ni.. Aku boleh bagi 4.5 star dari 5..



Yang menarik minat aku ialah OST dia dari James Baum yang bertajuk Dirinya Sebenar.


Dah layan lagu nie?? Ok, dapat tak mesej yang ingin disampaikan oleh nya?
Sebenarnya banyak mesej yang terkandung dalam ni. Aku pun xnak menjelaskan supaya korang cari sendiri la apa makna tersirat. Jadi aku bagi lirik dia kat bawah ok.



Lirik Lagu Dirinya Sebenar - James Baum

Mungkin kerna tiada kepastian, 
Dalam menuju ke dewasaan,
Liku liku hidup, owoh oo oh,
Mungkin Kerna telah terduka, 
Waktu sedang memahami cinta,
Bukan yang dimahu, Ia bukan lagi pilihan,

Bukan lagi satu pencarian,
Tidak lagi mengejar jawapan,
Inilah pendirian sebenar, ow oo oh owh,

Harus tahu siapa dirinya yang sebenar,
Yang Dimahu hanyalah,
Untuk hatinya dibuka semula.....

Walaupun hanya pandangan mata,
Sentuhan harus diambil kira,
Inilah hakikatnya,

Usah beri pandangan berbeza,
Usah kecekan untuk bertukar,
Aku la aku engkau la engkau owh ooo owh oo woh oh,

Harus tahu siapa dirinya yang sebenar,
Yang dimahu hanyala,
Untuk hatinya dibuka semula.....

owh owh owh ohh.........

Harus tahu siapa dirinya yang sebenar,
Yang Dimahu hanyalah,
Untuk hatinya dibuka semula..


Ok, kalau dah dapat mesejnya, sila lah berubah demi menjadi insan terbaik dalam golongan terbaik..
tidak lagi menjadi insan yang berangan2 dan ketinggalan ye..
p/s: Aku dah jadikan lagu ni sebagai pembakar semangat ku.. korang??

Saturday, December 24, 2011

'Dinner of TEMAN club (Technology Management)'

Tarikh keramat - 18 Disember 2011 - Dinner TEMAN yang pertama dianjurkan.
Sebagai pengerusi TEMAN, nak urus program yang dirancang last minit memang agak menyakitkan kepala.
Bukan nak urus program tu yang pening, tapi dengan kerenah pelbagai manusia.
Tapi alhamdulillah, dalam keizinan oleh NYA. Malam Isnin itu menjadi malam kenangan kami semua terutama MT TEMAN the hottest (ayat Azuana).

17 Dec - Hari hujan merupakan cabaran kami, dari Batu Pahat ke Air Hitam menaiki motorsikal. Demi mencari hadiah/cenderahati untuk semua. Hasilnya kami dapat benda cute kat bawah ni.....

 18 Dec - Hujan dari semalam lagi tak berhenti, malah sedikit masa lagi untuk program pun semakin lebat..
Memang dah sedikit putus asa. Tapi benda tetap perlu diteruskan, walau dalam kebasahan dan kesejukan.
Alhamdulillah, rupanya hujan pada hari tu ada rahmatnya.. Program yang kami anjurkan sendiri ni memang berbaloi..
Macam biasa la falsafah aku, 
I keep the sad moment in word.
I keep the happy moment in picture.
I keep my story in Murdoc Diaries.

This is the happiest moment of 2011, so check this pic out:- peace yo!!






p/s: Thanks to all the member of TEMAN.. Hope next year will better than this!! 


~Quran Online~

Aku rasa dah agak lama aku xbuka Al-Quran..
Bukan tak buka terus, tapi tak buka Kitab Al-Quran..
Sekarang ni aku dah ada 2 alternatif, di mana aku dapat bawa Al-Quran itu kemana saja aku pergi..
Jadi, mudah la bagi ku untuk membaca dan mengulang apa yang aku pernah hafal dahulu..

Alternatif pertama ialah Al-Quran Compact dalam phone, walaupun agak kecik sebab phone kecik..
Tapi masih boleh baca, ala bukan mata ada penyakit rabun pun.. Sekurang-kurangnya phone buruk ni ada app ni, Bukan besar pun memory dia. Xrugi malah lagi untung.
Alternatif kedua ialah setiap hari aku buka dan pasang, tapi yang ni kena la ada kemudahan internet baru boleh bukak..Link dia kat bawah ni





Ha, link ni ialah untuk ke Quran Explore Online.. Alhamdulillah, banyak kebaikan yang dapat dari ni:
1. Kalau kebiasaan bila online pasang lagu, tapi kali ni setiap kali online dengar bacaan Al-Quran pula. Sejuk hati dan otak ni. Lebih-lebih lagi kalau buat kerja.
2. Bacaan dari pelbagai reciter dari Mekah, yang sentiasa aku pasang ialah bacaan oleh Mishari-Rashid..
Dan aku boleh la follow demi perbaiki tajwid. Cuma nafas ku je yg xsampai.
3. Terjemahan dari berbagai bahasa termasuk lah Bahasa Melayu, Indonesia, English dan lain2.
4. Petunjuk Tajwid dan Bacaan. 2 pilihan samada tulisan seperti biasa atau bersama Hukum Tajwid yang berwarna.
5. Pilihan pun banyak, samada nak print, nak share di FB, di Twitter,atau lain2
6. Pengunaannya teramat senang, tidak memerlukan manual pun..

Tekan ni untuk ke Quran Explore Online

p/s: Sedikit bahagian tepi mungkin tak berapa nampak, jadi dengar lah bacaan elok2..



Wednesday, November 30, 2011

"Roket berhias??"

Semakin di fikirkan, semakin sakit hati la..
Memang tak patut, Duit dah keluar banyak, tenaga dah guna banyak, masa dah terbuang banyak..
Semua pasal roket!!
Tak adil betul la, ni merupakan sistem pemilihan paling teruk di abad ini pernah aku jumpa.

Kalau cerita pasal roket, mesti nak tengok ia terbang tinggi/jauh kan.
Tapi kali ni, paling pelik pernah aku jumpa. PILIH ROKET CANTIK!!!
Awal2 dulu bagitahu, "ia mesti ada unsur2 kesenian bahasa dan mampu terbang jauh"
Bila dah siap semua, dengan reportnya yg tebal, dengan pelancarnya bagai, bila pergi tunjuk..
"OK, petang ni saya call siapa yang layak.." tiba2, Padahal tak test pun lagi nak tengok boleh naik ke tak!.

Kalau tengok yg lain punya apa, ada rambu2, lilit ni lilit tu.. 
Bukan Pertandingan Roket Air tapi Prtndingan Roket Berhias..
Tak pernah di buat orang.. Roket aku bukannya kosong, siap ada character dan symbol mandarin lagi..
Terbang pun bukan main jauh lg (Test kat depan rumah pukul 3 pagi).. 
Tapi tak ada test saringan apa terus kena reject.. 
Group Yunos pun kena benda sama, roket paling jauh dalam kelas dia, tak ada roket boleh challenge dia tapi kena reject sebab rupa. (Tapi boleh tahan la sebab dia ada jugak test saringan)..

Ahhh, bengang gila hari ni!!!!

Sunday, November 27, 2011

"Projek UTHM - Roket Air"


Sempena Karnival Bahasa Antarabangsa yang akan dilangsungkan tak lama lagi di UTHM..
Kini ku sibuk sedikit, bukan sbgai pengurus tapi sbgai salah satu dalam seribu peserta untuk pertandingan roket air. Sekarang hati dah sedikit lega sebab projek ini dah hampir siap..

Walau hasil tak la berapa nak cantik, tapi itu adalah usaha aku dan 'team work' kot. (team lain pulak yg banyak tolong aku) Tapi tak kisah la, janji benda ni siap dan layak masuk pertandingan.

Lebih2 lagi hampir 60% adalah bahan terbuang, dapat la membantu bumi yang kini kian usang kerana sampah.

Oleh kerana bertemakan bahasa, roket team kitaorg pun mesti ada unsur2 bahasa kan.

Mandarin, bahasa yg perlu aku ukir pada badan roket ni.

Namanya kalau dalam Character Mandarin : 第一火箭
Maksudnya: First Rocket memandangkan ini ialah roket pertama yg kami buat..

Xsabar pulak nak tunggu masa nak test nanti. Mintak2 jauh la perginya.
Kepada kawan2 yg ambil bahagian, aku harap korang dpt buat yg terbaik..

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433


Hari telah masuk Tahun Baru Islam.
Bagi umat Islam sepatutnya ia menjadi antara hari yang paling besar.
Kerana ia sepatutnya menjadi hari untuk semua umat memohon doa dan menanam azam yang lebih besar dalam mendekatkan diri kepada TUHAN YANG MAHA ESA,

Tetapi setelah berlakunya perubahan zaman dan tamadun,

Kadangkala kita tidak sedar akan kewujudan hari ini, mereka hanya tahu Tahun Baru dimana mereka akan pergi dataran bersama kawan2 untuk berhibur.
Sesetengah sedar akan kewujudan hari ini tapi mereka tidak berbuat apa2, sesetengah lagi hanya mengucapkan salam tahun baru maal hijrah di FB, dan macam2 lg la..

Tapi persoalannya adakah masih terdapat golongan yang mengunakan hari ini untuk memohon keampunan dan keredhaan dari ALLAH S.W.T?
Adakah terdapat golongan yg mula berubah segala sikap dan sifat kearah yg lbh baik ?
Adakah masih terdapat golongan yg mengunakan hari ini sbgai hari yg paling bermakna demi hidup dunia dan akhiratnya?
Dan yang paling penting, berapa ramaikah mereka yg sedar akan perkara ini?
p/s: Salam Maal Hijrah.. Aku pun dah berniat nak berubah, semoga diberi kekuatan oleh-NYA supaya dapat ku berubah menjadi lebih baik dari segala aspek kehidupan untuk kebahagian dunia dan akhirat.

Thursday, November 24, 2011

Love Movie

Have a little time to enjoy for myself...
Hobi aku sekarang complete dah bertukar, kalau dulu aku lebih minat jalan2 n ronda2 xkira siang atau malam. Duduk kedai, duduk tepi jalan, duduk mana2 saja yang aku rasa selesa, tengok gelagat manusia adalah kegemaran aku. Daripada tu aku akan buat kategori manusia, tapi itu hanya untuk aku je..


Tapi sekarang ni, nak kluar pun dah malas. Sejak belajar kat UTHM ni, disamping kerja yang banyak. Di tambah dengan otak ni yang susah nak terima apa yg dipelajari lebih2 lagi yg melibatkan memory. Di kalangan kawan2 aku lebih dikenali dengan nombor. Sebab aku lebih seronok dengan subjek yg mengira, Math, Mngment Science, Statistic, Acount n sgala yg melibatkan nombor. Tapi bila masuk subjek yg mengguna banyak memori seperti Sejarah, Kenegaraan, Bahasa n berkaitan aku memang failed.



Oleh sebab belajar sangat, aku pun jarang keluar untuk enjoy this life ni lebih2 lg condition badan aku ni yg agak lemah sikit. So, duduk rumah bila ada masa lapang kerja aku mendownload cerita2 n main game je la..
Memori external n internal pun dah hampir penuh dengan movie je. Cerita lama pun aku tak delete sebab kadang2 mood pelik datang untuk tengok cerita lama2. 
Cerita yg paling aku nak kongsi dengan korang ialah cerita yg paling sedih bg aku. Aku pun tak tahu kenapa, tapi aku dah berpuluh kali ulang cerita ni.. Memang sedih, aku rasa ni la movie terbaik pernah aku tengok seumur hidup aku. 

Sape yg baca post ni, aku harap korang hayati cerita ini. THIS ALL ABOUT LIFE!! LOVE



Goodbye
When you leave, 
I’ll wave my hand goodbye
In the midst of the wide scenery…
We will look carefree
We will look beautiful
The winds begin blowing as though it will rain, 
what a perfect timing
Slowly, we grow apart
Goodbye, my love…



http://www.youtube.com/watch?v=lE8r58dmmUE - This only trailer.. Aku xdpt cari link untuk download...

p/s: kdg2 aku rasa 1 watak dalam tu telah mewakili hidup aku.. I Miss Her So Much..

Sunday, November 13, 2011

"Berita Sedih Di Pagi Hari"

Pagi hari aku sudah dikejutkan dengan berita yang betul2 tak aku sangka...
Kalau dulu seorang sahabat ku, arwah Syafiq Ali Khan telah meninggal..
Sekarang kawan baiknya pula mengikutnya.. 

..AL-FATIHAH BUAT SAHABATKU ADLI ARIFIN....
..14/11/2011..

Hidup manusia telah ditetapkan oleh-NYA..
Bila-bila masa sahaja kita akan dijemput olehnya..
Sahabat2 kita telah pergi menghadap YANG MAHA ESA..
Hanya kita yang masih leka di dunia yang sementara..

Semoga Rohnya di cucuri rahmat.. (AMIN)
Dan kepada yang masih bernyawa, ku harap gunakan masa yang ada sebaik mungkin supaya kita dapat bersedia apabila menghadap-NYA

Monday, October 31, 2011

TECHNOLOGY MANAGEMENT CLUB



Baru2 ni aku teringin nak mengerakkan kembali kelab dimana meletakkan aku sebagai pengerusi..
Technology Management Club @ TEMAN.. 
So, bila dah ada nama tu mesti kena ada ahli kan..
Aku pun mulakan langkah pertama dengan menubuhkan ajk, maka terpilih la seramai 14 orang semuanya.
(mungkin sedikit ramai, tapi itu terbaik dalam brainstorming)
First step ialah handle meeting, pengalaman di AIZEK ku guna skali lg..
Aku bersyukur kerana pilihan yang di buat memang agak complete.. semua ajk adalah dari pilihan terbaik.

First planning ialah buat baju untuk semua ahli TEMAN. Aku teringin nak baju korporat,
Tapi bila terfikirkan adik2 junior, tak jadi la. Just buat baju T-shirt..
Design pun in team work, segala proses aku akan buat dalam team work..
Itu adalah harapan aku kerana aku berpegang pada falsafah ku

"Tiada satu, tak cukup seribu.. Dalam seribu hanya ada satu aku"

Maknanya? simple je, kite semua ni saling melengkapi kan.. 
So, yang paling aku harap untuk TEMAN ialah team work. 
Dan next step ialah menjalankan program yang melibatkan semua BPA Student..
Setakat ni ahli yg dah add in FB dah mencecah 150orang.. masih mencari lagi...

Hope bermula sem ni, aku akan gerakkan TEMAN untuk membina kenangan yang akan melekat di memori mereka buat selama2nya.. 

*p/s: terima kasih kpd semua kwn2 yg berada disisi untuk membantu, walaupun untuk mencapai harapan adalah agak mustahil.. TQ

Friday, October 28, 2011

Jam kat dinding menunjukkan ~~ eh, xde jam..
Jam kat desktop~~1.20 pagi.. Skali lg menjadi warga ngra NY.. Asyik2 tido lewat je krja, sebab xde kerja la jd mcm ni.. Bukan xde kerja, tp malas nak bekerja.. Baru la mls nak tido..
Bila tido pun dah lewat, mata pun melilau mencari~~cari pasal...


Mlm ni betul2 cari pasal, Am wat balik kek di lewat malam.. 
Tak pasal2~~Saini yg tengah tido pun boleh kiteorg prank raikan birthday dia... 
Memang betul2 pengacau la budak2 ni.. Member tu sedap2 tido boleh plak kejut suruh tiup lilin..
(Padahal bukan birthday dia pun)

Laptop rosak pun dah dibaiki~~kos smpai $250..
Ni tak kira sewa dgn bill api, air, streamyx lg.. Makan pun nak pakai $$ jgk..
Tapi muka enjoy semacam walau dlman berserabut perot~~
Sblm buka blog sndri, kena blogwalking dlu.. baru ade idea sikit2..

Pagi2 buta ni, beberapa Blog telah ku usyar~~ 
http://coretsinisikit.blogspot.com/2011/08/santai-sat.html ~ Nadiah jgn marah eh, suke plop bace ni..
pastu tukor blog ceria ni plop ~
http://zarathinkingcorner.blogspot.com/ ~ Fatimah ni rajin plop update.. tp xberape nmpok bhs asing pom...
Then msuk Syakirin punya Blog~http://blogsyapinkycom.blogspot.com~~main jiwang2 plak budak ni.. org srh skolah, bcinta plak eh..
Lg blog tak gerak dah: Bob, Angah n Sopie punya dah K.O

*p/s: aku usyar je tau, xbuat apa2 pelik.. lg pun aku tgh sdh sebab bnyk memori aku hilang sebab kena format, termasuk la MURDOC'S DIARIES aku... kngn tu nak cari mana?

Sunday, October 23, 2011

"SABAR JE LA EH, MUNGKIN BELUM JODOH LAGI..
BANYAKKAN BERDOA SUPAYA ALLAH MEMBERI YANG LEBIH BAIK DARI YANG LEPAS2.."

Ku ingin sampaikan kata2 semangat ini kepada Kakak ku, harap bersabar menerima dugaan ini.
Lagipun banyak lagi lelaki lain kat luar sana, putus sekali bukan bermaksud tak ada lagi harapan lain.
Abg pegang "setiap kata adalah doa" dari dulu lg, jadi abg bukan hanya berkata tapi abg mendoakan kebahagian keluarga kita akan datang kelak.
 Mungkin kita bersusah2 pada mulanya tapi Insyallah akan mendapat balasan di kemudian hari.

Apa yang penting, hidup mesti diteruskan seperti biasa. Jangan peduli apa kata orang, setiap kata2 buruk yang dituturkan oleh mereka akan kembali kepada mereka sendiri. 
Kita dapat apa? dapat ganjaranya jika kita bersabar dan bersandar pada Yang Maha Esa.

Ada hikmah diatas segala yang berlaku, itulah lumrah dunia.
yang membezakan ialah cara yang kita akan pilih dalam mengatasinya.
Amalan dan Doa adalah medium yang paling mujarab dalam segala hal.

Monday, September 5, 2011

Aidilfitri + Tasik Kenyir

parent ku sdg honeymoon
uncle and nephew?
Apa kaitan Aidilfitri dan Tasik Kenyir? macam xada kaitan langsung..
Bukan apa, terasa nak kenang kembali raya 2011 ni hari HSAL a.k.a MURDOC mempunyai kelainan dari hari raya sebelum2 ini. Sebab apa? sebabnya satu family dapat berkumpul. Bukan senang tau, 15 orang semuanya seorang ayah, seorang ibu, 11 orang adik beradik, seorang abg ipar dan seorang anak saudara nak berkumpul.

K jadi drebar?
Tambahan pula pada hari raya kali ini menjadi special dengan perancangan Along nak pergi melancong ke Tasik Kenyir. Memang betul2 dah lama aku tak pergi, dulu masa sekolah rendah aku ni malas pergi sekolah jadi aku pun ikut la Ayah pergi ke Tasik Kenyir. Sampaikan makcik2 kat sana pun pelik tengok aku tak pergi sekolah tapi pergi kerja kat Tasik Kenyir. Tapi lepas Ayah kena tukar bahagian perancangan, dah kurang la pergi Tasik Kenyir.
layan angin la!!
kalau pancing ni, syok gila!!
dad & son
(Kembali hari raya ke-4) Dengan pergerakan 2 buah kereta, destinasi ialah Tasik Kenyir. Sampai sana naik pulak bot, rambut ku pun dah jadi alfro kena angin (Sebab masa tu tak buat relaxing lagi). Chalet dia besar, memang sesuai bebenar la satu keluarga besar pergi makan angin kat sana. Bawah chalet ada zoo mini, bila duduk kat beranda, kat bawah dah nampak 2 ekor pelanduk. Jalan bawah sikit ada lagi 2 ekor merak. Nak jalan lagi rasa malas la pulak.




Sampai pun dah petang, letak je barang dalam chalet. Lepas makan je, masing2 dah lesap. Apalagi aktiviti seterusnya la, mandi tasik dan boleh main kayak! yahoo... dah lama betul tak main kayak. Bila main kayak ni teringat pulak masa kecik2 dulu, ikut ayah pergi jual ice-cream colek kat Tasik Bukit Besi. Tapi sekarang tasik tu dah tak seronok macam dulu sejak cina ambil alih tempat tu. Kalau dulu, ada natural waterfall, boleh main kayak, paddle boat, jet ski kat tasik, pergi Pulau Kera yang cute. Sekarang dah tak ada.
 Sambung semula di Tasik Kenyir, main kayak tu memang syok. Tapi yang tak syok nya pakaian tertinggal, memang agak sedikit sengsara la. Keseronokan lain kita tengok gambar je la eh.
p/s: gmbr ni buat aku sakit hati nak susun, blog ni sakit jgk...

Inilah result akhir, letih!!





Friday, August 19, 2011

Ramadhan ini..

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..
Makna dari segi apa? belum pula difikirkan..
Terukkan aku ni? memang aku sedar aku ni teruk.
Bila masa aku tak teruk? Agak ramai juga orang yang tak suka aku.

Bukan sebab aku ni teruk, tapi aku ni kadang2 menyakitkan hati.
Eh, tak sama ke dengan teruk tu? Sama je sebenarnya, saja je nak putar belitkan 
supaya nampak lebih teruk.
Kenapa aku bincang pasal diri yang teruk ini?

Kerana ku mengharapkan pada bulan yang mulia ini menjadi permulaan
kepada diri ku untuk berubah kepada yang lebih baik.
Tapi aku mengalami satu kekecewaan pada bulan Ramadhan ini,
kerana aku perlu berkejaran ke sana-sini semasa insan lain berada di hadapan meja menunggu berbuka.

Sedih woo, berbuka atas motor je. Dah macam pelarian pulak, eh silap.. Macam musafir pulak.
Tapi nak buat macam mana, dah tu kerja aku.
Bila time masuk masa orang nak pergi masjib untuk solat Isyak dan Tarawih,
Aku masih lagi di kedai, buang waktu lagi.

Bila ku ini nak berubah? berenti la buat kerja tu.
Jadi lah manusia buat sekali sekala.
Ko macam tak ada life je. Orang lain menggandakan amalan la.
Takpe, sabar 3 hari lagi, maka aku akan bebas dari cengkaman kerja, 
tapi kembali pula kepada cengkaman belajar. hidup2, life2!!!

Wednesday, July 20, 2011

Alam Floria @ Putrajaya

Waktu kerja tamat, beberapa jejaka yang tidak berapa nak tampan pun menuju dengan motosikal mereka ke Presint 2, Putrajaya. Dalam keadaan kereta penuh sesak bermula dari Jambatan wawasan, kumpulan motosikal ini terus mencelah menuju ke destinasi. Setengah mempunyai lesen, lagi setengah buat2 kaya tak takut dek saman. Ala, lagipun polis mana nak buat roadblock kalau jalan pun dah macam kena block.



Apa destinasi nya? Alam Floria 2011 Putrajaya.
kejap warna ni pulak
Ada apa kat sana? dah nama pun Floria kan, Floor dgn lori aa.. Bukan la, Flower yang ceria kot..
Banyak ke bunga? Uihh, tak payah cakap. Bukan setakat bunga betangkai je, bunga yang berjalan pun ada, yang di langit pun ada. Tapi tak panggil bunga ros la, panggil bunga api.
kejap warna ni





Besar x? Aduyai, sampai kejang kaki ni berjalan dalam kegelapan di mana hanya ada lampu kecil2 @ lampu kelip2. Tapi tak semuanya berkelip, ada yang berpetak besar, ada yang suluh ke dinding bangunan, ada yang atas air.


bergambar bersama artis 
Show dia mcm mana? Ada open air, ada air condition. dalam tu pulak show dari macam2 tempat. xcaye? tengok la patung sebelah tu. Rasanya dari negara black people sebelah sana tu. Rasa seram macam vodoo la pulak...
Barang apa ada? Untuk di jual tak tanya la pulak, tapi yang pamer perghhh banyak gila. (oppss silap guna perkataan tak elok lagi) Bak kata astro 'macam2 ada' Ingat nak beli baju buat kenangan, tapi apakan daya lemah lutut melihat harganya yang 'berpatutan'.
Lagi apa lagi? Bukan baju je, craft yang macam2 bentuk dan sudut yang berbau harum semerbak. Kalah perfume dan deodorant dengan adanya bunga yang dalam cerita Pontianak Harum Sundal Malam tu. Aduh apa nama bunga tu pun aku tak tahu.
     

Gambar banyak lagi ni nak tunjuk, tapi nanti berat pulak page yang dah berat nanang ni.
Kalau nak tengok lagi, pegi sendiri la tahun depan. Mesti ada lagi.
Yang paling special pula? Yang special Floria ni bukan bunga yang banyak tu je, tapi dia main bunga api tiap2 malam selama 1 minggu.
Bergegar rasa jantung ini bersama dentuman bunga api (bercakap macam tak pernah jumpa, hahaha)
Lagi yang special, craft bendera malaysia yang nampak macam kristal di gantung (gambar sebelah ni). 

p/s: sorry la gambar tak berapa clear, biasa la terdesak pakat camera SE K750I. Jadi mcm ni result dia. Yang comfirm, enjoy the feeling lor
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...