Pages

"PenGgEnap"

Saturday, December 31, 2011

Penutup Tirai 2011


Kini tiba hari pengakhiran bagi Tahun 2011.. 
Bermacam-macam perkara berlaku sepanjang tahun ini, pelbagai halangan, dugaan, cabaran, dan juga kegembiraan, keseronokan yang menjadikan semua ini sebagai satu pengalaman yang bermakna dalam hidup.

Setiap pekara yang berlaku telah mematangkan pemikiran kita, cuma samada kita menjadikan ianya teladan atau pun sempadan. 
Dah yang penting adakah kesilapan yang lalu tidak lagi kita ulangi. Dan adakah kejayaan yang dulu kita dapat ulangi. Dan apakah yang kita telah merubah dalam kehidupan kita selama 1 tahun ini berlalu.

Jika kita masih ingat azam 2011 kita pada akhir 2010 dahulu, adakah ianya tercapai?
Kalau masih belum tercapai, apa kata kali ni kita menanam azam yang sama tetapi dengan perancangan.
Sekurang-kurangnya kita tidak tersesat dan tersasar dalam mencapai apa yang kita mahukan.
Dalam pada masa yang sama, kita kena yakin bahawa 
'Kita ini hanya manusia lemah yan hanya mampu merancang, jadi pohonlah Keizinan dan Kemaafan daripada Yang Maha Esa'

Ini adalah perakhiran penulisanku untuk Tahun 2011.. 
Next is Welcome to 2012!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...