Pages

"PenGgEnap"

Friday, January 21, 2011

'Pelajar Kaya' (versi Terengganu sikit eh)

Assalamualaikum semua sahabat2 sekalian. Ha! hari ni setengoh dari kita dapat doh kan PTPTN.. Ada pulop yg dah tinggal separuh dah pun.. Jadi hari ini HSAL nak ngomeng skit la pasal pkare ni...
Sebelum dapat pinjaman ni, banyak sangat pekara kena buat. post sini, post sana, cop sini, cop sana, sign punya la banyak. Tapi tu bukan saje2, tujuan dia kalau berlaku sesuatu pada masa depan, senang sket nok settle kat mahkamah.. Bila dapat surat tu, baca molek2 sket.. Kekgi bila ada masalah mula la gaduh2 nak tanya.

Tapi nak wat guane, dah memang sifat manusia bila dah kata nak benda tu xnampok doh hok lain. Bagi student ni pulop kalu sem 1 xnampok lg susoh dia, duit masuk je rasa seronok selalu nak belanja. Sebab ape? sebab masa tu dieorang ni rasa macam duit tu tajaan/ buleh free.
Padahal hakikat dia, kena bayar pulop bukan nilai yg same tapi kena tambah pulop bunga. Bila masuk sem 2, sakit tu ada la sikit sebab bila PTPTN hok sem 2 dop masuk lagi tapi duit hok dulu nak habis doh.. Maka start la berpuasa dop pun makan meggi.. HSAL nak cerita untuk semester lepas tu xbuleh lagi sbb xdop pengalaman lg..
Ni nok royak bila PTPTN masuk, kite boleh la tengok mall sesak, wayang penuh, pusat bowling penuh, karoke penuh, kedai makan hok selama ni xberape ramai sebab mahal leni penuh terus. Duit dah ada kan, pelajar ni apa lagi, enjoy la, belanja awek/pakwe, beli handphone baru, beli benda2 yg xspatutnya..



Bila sebut bab beli buku untuk belajar, masa tu la pitih hok banyok tu tetiba boleh dikata xdop sekepeng doh.. Tu nasib baik Universiti potong siap2 dari bank, kalu dop xdang nak bayar yuran tapi duit habis licin dulu.

Itu lah ragam budok2 U ni. tapi bukan semua yg perangai gitu.. Aku? hehehe, aku ni wat jugak budget sikit. tapi kalau kawan2 ajak pegi kuar makan2, ikut la. Karang di pulaukan sebab sombong baru tau. Tapi xde la lebih2 melayan nafsu, nasib baik aku ni kurus je makan pun xbnyk, so buleh la jimat jugak sikit..
 
Jadi korang di luar sane tu, bila dapat PTPTN korang buat ape? ada x simpan untuk emergency time? ada x buat budget plan? ke bila buleh tu terus withdraw wat beli itu, beli ini? ke ada jugak nak guna duit tu wat kahwin?
Ape2 pun aku nasihat la kat korang supaya berjimat cermat eh. Tapi jangan sampai jadi tahi hidung masin plop. Kalu ada org susoh tu, tolong la walau pun sikit.. dan paling penting ingat Mak n Ayah kat kampung tu. Jangan asyik mintak duit dari dieorang, kita xtahu sama ada dieorang sendiri pun cukup ke dop duit untuk keperluan. 
Tapi sifat ibu bapa ni adalah tidak menceritakan masalah mereka kepada anak2. Jadi ingat eh, guna duit yg ada itu untuk belajar....
Kalu nok cite ni, berlapis page pun aku boleh ambik. Tapi xboh la macam tu, sikit tapi ada isi penting sudah untuk korang renung2 kan.. Sama2 lah kita perbaiki diri ini.. Wassalam




Thursday, January 20, 2011

'Keluargaku Adalah Segala-galanya'

Didalam sebuah perkenalan, sentiasa ada persoalan mengenai ahli keluarga atau adik beradik...
So, hari ni aku nak kenal kan korang dengan family aku yang besar ni.. Overall semuanya ada 13 orang, ramai kan? Seorang Ayah yg berkerja setiap hari bagi menampung kami semua, Seorang Emak yg terpaksa menahan kerenah anak2 yg memang nakal2 semua.. Pengorbanan mereka berdua adalah paling besar dalam organisasi keluarga kami...

Terdiri daripada 5 lelaki dan 6 perempuan, 3 orang yg pertama ialah perempuan. so aku yg keempat adalah lelaki atau lebih dikenali sebagai abang yg sulung.. Jadi tanggungjawab aku adalah yg paling besar..
Turutan kami adik-beradik ialah P,P,P,L,P,L,P,L,LP,L.

Yg pertama dah berkahwin dan menetap di Putrajaya.. menjawat di pejabat kerajaan..
Yg kedua masih di kampung sebagai seorang Ustazah di sekolah..
Yg ketiga pula di HUKM, profession sebagai jururawat..
Aku yg keempat, belajar di UTHM Johor
Adik ku yg ke lima, memilih untuk menjadi tukang masak.. jadi pilihlah kursus memasak di Terengganu..
Yg ke-6, seorang yg memang creative dan rajin. Dia yg memasak kat rumah mengganti emak ku yg xberapa sihat walaupun dia seorang lelaki. Dia yg paling rapat dgn aku..
Yg ke-7, sekarang belajar di sekolah yg merupakan tempat emak, 2 kakakku, dan tempat ku pernah belajar iaitu AIZEK. Dia ni keras kepala sikit, asyik melawan cakap orang je..
Yg ke-8 ni paling buat orang pening, perangainya asyik nak buat orang marah. Tapi ada masanya ok, ok lah.. tapi kalau xkena masa, habis la.
Yg ke-9 ni pun dah macam kembar jgk dgn ke-8 tu.. Kejap ngam dua orang ni, kejap gaduh.. nak kata pun xtahu la..
Yg ke-10 ni memang manja, perempuan bongsu la katakan.. walau umur baru stahun jagung, tapi bercakap nya macam orang dewasa.. sampaikan cikgu pun xtahan dengar dia bercakap.
Yg akhir ni adik lelaki bongsu aku yg paling aku xtahan perangai dia.. memang nakal sangat2, bercakap pun dah lebih dari aku dah.. kadang2 ayat dia lagi power dari aku.. dari mana dia belajar pun aku xtahu dah..

So, inilah keluarga aku yg kadang2 bahagia, tapi kadang2 bermasalah juga.. tapi nak buat macam mana ini lah keluarga aku yg aku ada.. kalau xada yg ini xtahu la ke mana arah tuju aku.. hehehe.. So, bagi sesiapa yg masih ada keluarga disisi jangan di abaikan ye..

Sunday, January 2, 2011

Slamat Tahun Baru 2011

Selamat Tahun Baru untuk semua.. bila dah masuk setiap tahun baru, masing2 akan bertanya soalan yg sama setiap tahun..
Apa AZAM anda?
Maka berbagai2 jawapan yg akan diterima, ada yg lebih kepada merubah sikap diri, ada yg ingin menambah baik kehidupan, malah xkurang yg ingin berkahwin.. hahaha. atau masih ada yg ingin ditahap yg sama.
Tetapi apa yg ada pada AZAM kalau tanpa usaha, ia sama seperti angan2 Mat Jenin sahaja. Maka berubahlah dan berusaha dalam mencapai apa yg kita inginkan.
31.12.2010- tarikh ini kebanyakan media membuat liputan peristiwa penting sepanjang tahun 2010. Dan pada malamnya, kebanyakan anak muda keluar untuk Count Down di Dataran atau ronda2 beramai2. Berpesta, merempit, dan pelbagai ragam pada malam itu. Alangkah baiknya kalau pada malam itu masing2 berada di masjid, solat dan berdoa adalah lebih baik dari membuang masa dengan sesuatu yg sgt menghampiri maksiat.
Seperti tahun lepas, satu kenyataan di akhbar menyatakan bulan September mencatatkan kadar kes membuang bayi yg paling tinggi. Kenapa? sebab malam 31 Dis merupakan malam membuat anak tahun baru. Kalau xpercaya, kita bersama tunggu bulan itu datang..
"Ya Allah, jauhilah kami dari musibah yg besar ini. Sesungguhnya kami memohon perlindungan-Mu dari hasutan syaitan laknat. lindungilah ahli keluarga kami, sahabat kami, kaum kami dan seluruh umat islam dari kealpaan ini dan tunjukkan kami jalan yg benar. Amin"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...