Pages

"PenGgEnap"

Thursday, January 20, 2011

'Keluargaku Adalah Segala-galanya'

Didalam sebuah perkenalan, sentiasa ada persoalan mengenai ahli keluarga atau adik beradik...
So, hari ni aku nak kenal kan korang dengan family aku yang besar ni.. Overall semuanya ada 13 orang, ramai kan? Seorang Ayah yg berkerja setiap hari bagi menampung kami semua, Seorang Emak yg terpaksa menahan kerenah anak2 yg memang nakal2 semua.. Pengorbanan mereka berdua adalah paling besar dalam organisasi keluarga kami...

Terdiri daripada 5 lelaki dan 6 perempuan, 3 orang yg pertama ialah perempuan. so aku yg keempat adalah lelaki atau lebih dikenali sebagai abang yg sulung.. Jadi tanggungjawab aku adalah yg paling besar..
Turutan kami adik-beradik ialah P,P,P,L,P,L,P,L,LP,L.

Yg pertama dah berkahwin dan menetap di Putrajaya.. menjawat di pejabat kerajaan..
Yg kedua masih di kampung sebagai seorang Ustazah di sekolah..
Yg ketiga pula di HUKM, profession sebagai jururawat..
Aku yg keempat, belajar di UTHM Johor
Adik ku yg ke lima, memilih untuk menjadi tukang masak.. jadi pilihlah kursus memasak di Terengganu..
Yg ke-6, seorang yg memang creative dan rajin. Dia yg memasak kat rumah mengganti emak ku yg xberapa sihat walaupun dia seorang lelaki. Dia yg paling rapat dgn aku..
Yg ke-7, sekarang belajar di sekolah yg merupakan tempat emak, 2 kakakku, dan tempat ku pernah belajar iaitu AIZEK. Dia ni keras kepala sikit, asyik melawan cakap orang je..
Yg ke-8 ni paling buat orang pening, perangainya asyik nak buat orang marah. Tapi ada masanya ok, ok lah.. tapi kalau xkena masa, habis la.
Yg ke-9 ni pun dah macam kembar jgk dgn ke-8 tu.. Kejap ngam dua orang ni, kejap gaduh.. nak kata pun xtahu la..
Yg ke-10 ni memang manja, perempuan bongsu la katakan.. walau umur baru stahun jagung, tapi bercakap nya macam orang dewasa.. sampaikan cikgu pun xtahan dengar dia bercakap.
Yg akhir ni adik lelaki bongsu aku yg paling aku xtahan perangai dia.. memang nakal sangat2, bercakap pun dah lebih dari aku dah.. kadang2 ayat dia lagi power dari aku.. dari mana dia belajar pun aku xtahu dah..

So, inilah keluarga aku yg kadang2 bahagia, tapi kadang2 bermasalah juga.. tapi nak buat macam mana ini lah keluarga aku yg aku ada.. kalau xada yg ini xtahu la ke mana arah tuju aku.. hehehe.. So, bagi sesiapa yg masih ada keluarga disisi jangan di abaikan ye..

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...