Pages

"PenGgEnap"

Monday, March 7, 2011

"Dunia Focus dan Akal"

Dunia... Jika kita buka luas2 pemikiran kita kearah yang lebih positif, kita akan mendapati dunia ini adalah tersangat unik sehingga kita sendiri tidak mampu mengucapkan ia dengan kata2 mahupun pemikiran. Bermula dari sekecil zarah sehingga seluas angkasa. Adalah mustahil bagi seorang manusia untuk menjelajah itu semua kerana kita adalah hanya manusia kerdil yang berada di atas aturan yang telah di tetap kan oleh Nya. Tetapi kita telah mendapat satu anugerah yang paling bermakna dan berkuasa iaitu 'akal'.

Akal adalah daya pemikiran yang proses semua maklumat yang di rasai oleh deria manusia samada ianya bau, bunyi, penglihatan dan lain2. Segala yang di alami badan manusia akan dihantar isyaratnya ke otak yang merupakan tempat untuk proses maklumat seperti CPU pada sebuah komputer.
Dalam dunia ini, ada sesuatu yang boleh diterima akal, ada juga yang sukar untuk akal menerimanya. Perkara yang nyata adalah senang untuk diterima, tetapi perkara ghaib adalah sukar untuk dipercayai. Bagi seorang manusia yang mempunyai akal, adalah penting untuk kita menjaga akal kita dari unsur2 atau perkara yang boleh menyebabkan pencemaran akal dan fikiran. Dalam islam, ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan akal kita rosak. Seperti minum arak, makan makanan kotor dan haram, melakukan aktiviti yang ditegah seperti berzina dan sebagainya.

Oleh kerana akal berkaitan rapat dengan pemikiran, ia adalah berkait rapat dengan fokus. Bagi seorang laki2, otak mereka adalah berfungsi sebelah sahaja dalam satu2 masa. Maka, apabila mereka bekerja, mereka dapat fokus untuk melakukan satu kerja dalam satu masa. Jika bagi peringkat pelajar, laki2 mampu untuk faham dalam masa yang singkat apa yang dipelajarinya. 

Tetapi bagi seorang wanita@perempuan, mereka mempunyai kelebihan untuk mengoperasi kedua belah otak mereka. Mereka mampu untuk membuat lebih 2 kerja dalam satu masa. Contohnya apabila memasak, mereka mampu memasak berbeza2 masakan sedangkan masakan pertama belum lagi di siapkan. Jika bagi pelajar perempuan, otak mereka untuk fokus adalah lebih sukar tetapi mereka di anugerahi dengan satu kelebihan iaitu kerajinan berbanding lelaki yang lebih cenderung kepada aktiviti yang tidak berkaitan dengan pelajaran.

Oleh sebab kelompangan ini, Allah menjadikan manusia ini berpasangan. Kerana ia akan melengkapkan satu sama lain, kelebihan melengkapkan kekurangan. Ia akan mewujudkan kestabilan hidup seperti mana dunia ini darat melengkapkan laut. 
Hehehe, sebenarnya HSAL baru siap cari info untuk assignment. Tetapi terdetik hati ini untuk menulis pasal akal dan fikiran kerana ia adalah sesuatu yang paling unik di dunia. Kerana ianya mampu mencipta sesuatu yang tidak pernah wujud di masa lepas. Dan juga HSAL teringat ceramah Ustaz Zul (pengacara Iman Muda) di Seremban hari tu pasal fokus.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...