Pages

"PenGgEnap"

Sunday, February 20, 2011

Pengurusan ke arah kemajuan.....

Ha, hari ni HSAL rasa bosan menunggu ahli kumpulan untuk perbincangan di perpustakaan.. Dah 1 1/2 jam menunggu, tp xada seorg yg datang lg. Saja je nak tengok mcm mana rasa tanggungjawab mereka terhadap masa. Ternyata HSAL rasa agak sedikit kecewa. Seperti kata2 yg digunakan oleh remaja zaman sekarang "janji Melayu". Tetapi kenapa Melayu? kalau dulu kelewatan tu jarang berlaku walaupun kemudahan tidak sehebat sekarang. Knp? mungkin kerana org dahulu di didik dengan sempurna.




HSAL berasa agak kecewa kerana HSAL agak ambil berat tentang pengurusan masa. Knp anak Melayu mcm HSAL xdapat nak menepati masa seperti bangsa lain seperti Cina dan India??.. Kalau la kita dapat ubah sikap masyarakat kita menjadi seperti masyarakat Jepun. Bukan untuk mengubah negara kita menjadi negara dibawah pemerintahan tentera tetapi sekurang2nya berubah dari sikap yg lebih teratur dan berfikiran lebih tersusun.




 Baru-baru ni HSAL ada tengok video teknologi dari jepun, memang canggih sangat2. Mcm2 teknologi yg muncul dari pemikiran org Jepun, HSAL pun tertanya2 knp kita xdapat membuat pemikiran seperti mereka. Pengurusan teknologi telah lama di jalankan di syarikat2 di Jepun, tetapi di Malaysia masih baru lagi. Itu adalah mungkin faktor yg menjadikan pemikiran terhadap teknologi masih kurang dikalangan masyarakat Melayu. Di UTHM, tempat HSAL belajar, kursus pengurusan teknologi sudah bermula.

Kumpulan pelajar yg sama dengan HSAL ini dikira kelompok pembangun la. Harap2 hasil dari usaha kerajaan ini dapat membantu negara dalam mengejar dan mendahului dalam kemajuan teknologi. Sekarang HSAL masih samar2 tentang kepentingan pengurusan teknologi yg sebenar, tp insyallah HSAL akan berusaha untuk memanfaatkan segala yg dipelajari di sini untuk kepentingan kita semua, terutama anak Melayu.


Jadi buat masa sekarang HSAL harap dapat berubah kearah yg lebih baik dalam pengurusan masa, pengurusan teknologi dan terutama pengurusan diri supaya dapat menjadi insan yg peka terhadap perubahan dan bergerak seiringan dgn kemajuan yg berlaku tnpa terpengaruh dengan faktor luar yg tidak baik. Buat teman-teman yg sama berjuang dlm pelajaran, HSAL berharap supaya kita sama2 berganding bahu dalam menjadi insan yg dapat membangunkan negara kita yg kecil ini.. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...