Pages

"PenGgEnap"

Saturday, February 26, 2011

"Time To Rest"

Assalamualaikum, apa khabar semua? harap2 sehat la deh.. Hari ni hari cuti hujung minggu, ada plan pegi mana2 x? HSAL hari ni xpegi mana2 sbb dah letih main bola match futsal semalam... dpt kptsn yg agak truk plak tu. Tp xpe la, at least dpt la jgk main.. walaupun dgn kesihatan badan yg kurang baik tp tetap main untuk team member2 yg lain..

 
Hari cuti, kalau dulu time skolah rendah, hari cuti ni ada je aktiviti yg nak di isi.. pegi mandi di sungai Paka, pegi mandi air terjun Chemerong, pegi masuk hutan, mengail di tasik Balora. Ye la kat kampung bnyk tempat2 mcm ni. Rasa rindu la kat geng2 lama yg pegi naik basikal ramai2 pegi mandi sungai.. Basikal HSAL asalnya kerangka saja, tu pun dari basikal kakak yg no.2 xpakai dah.. Dari terbiar mcm tu, HSAL pun ambik la renew balik.. Memang puas hati la dpt guna dari hasil titik peluh sendiri. Basikal ini lah yg bawa HSAL kemana2 kalau HSAL rasa boring, satu bndar AMBS di round nya. Warna paling simple dan kegemaran HSAL, Hitam.


Time umur 13 tahun, HSAL masuk Madrasah Al-Quran Pinang Baru. Time hari cuti, HSAL just basuh baju, petang main bola.. tu je la yg boleh dibuat sebab madrasah xleh bebas kuar masuk macam sekolah biasa. Masuk form 3, HSAL masuk sekolah kebangsaan semula sbb HSAL xboleh nak catch-up hafal Al-Quran mcm org lain.

Masa sekolah menengah, HSAL di Durian Mas. Masa cuti di isi dengan pegi cybercafe main game, xpun lepak2 di pondok dekat masjid. Senang la sikit terus pegi sembyng bila masuk waktu. Xpun lepak kat balora, masa ni cinta monyet la katakan.. masing2 ada couple.. Balora la tempat biasa sebab ada seat, pondok dan sedikit pemandangan tasik.. Budak kampung nak romantik la katakan..hahaha.


Masuk je form 6, HSAL pindah blajar jauh sikit dari kampung.. Belajar di SMKTIZ menyebabkan HSAL agak sibuk walau hari cuti.. Kadang2 hari Jumaat n Sabtu pun kena pegi sekolah sebab nak urus perpustakaan sekolah. Ye la, bila kita pegang jawatan ni, rasa bertanggungjawab tu datang sendiri. Tapi xselalu juga, aktiviti petang HSAL ialah ke pantai Dungun. Ambil angin pantai sambil makan keropok lekor, tapir goreng n pisang goreng.. Ni, kalau balik cuti lagi ni, HSAL masih tetap dengan perangai ni, pegi beli keropok pastu lepak la kat tepi pantai dungun, sorang2 lagi seronok. Sampai tertidur tepi pantai tu..

Sekarang, dah berada di UTHM Johor. Hari cuti? duduk dalam bilik je la. Keluar pun kalau nak beli barang2 sikit. Sebab kat sini xada tempat mcm kat kampung dulu, xada pantai, xada tasik, xada sungai, xada keropok lekor. Sabar je la, ni la adat berada di perantauan. Rasa rindu la pula nak balik ke kampung halaman.. So, cuti korang macam mana? HSAL pun rasa still ada masa nak isi cuti dengan perkara yg belum HSAL pernah buat. Apa lagi eh? nanti kalau HSAL dah terfikir nak buat apa dengan cuti, HSAL ajak korang join skali.. Ramai2 baru meriah cuti ini... Happy Rest semua!!!!

"Terengganu, Fun And Beautiful Ever..." 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...