Pages

"PenGgEnap"

Friday, April 29, 2011

"Jangan melebihi 3 hari tau"


Nabi SAW bersabda :

ولا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ

Ertinya : Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari 3 hari”

( Riwayat Al-Bukhari, 5/2253)


Dalam mana2 perhubungan, akan terdapat waktunya berlaku salah faham sehingga menimbulkan pertelingkahan dan pertengkaran. Sudah lumrah manusia mempunyai sifat seperti dengki, cemburu, marah, pentingkan diri dan sewaktu dengannya. Justeru itu Islam menggalakkan umatnya bermaafan supaya tidak berlaku mudharat dan keruntuhan dalam hubungan sesama Islam.


Daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tidak beriman seseorang itu dengan sempurna sehingga ditinggalkan pembohongan sama ada semasa senda gurau atau semasa bersengketa atau berbalah.”

Adakah semua amalan dan ibadah kita di persiakan hanya kerana sesuatu yang sememangnya kita boleh elakkan? Kdng2 benda yg remeh temeh pun boleh terjadinya pertelingkahan.Sebab syaitan takkan berhenti menghasut hamba2 Allah supaya saling benci -membenci sesama manusia smpai ke mati..supaya anak2 adam ini diseksa diazab di kubur dan neraka kelak. 



Banyak hadis telah menyebut tentang ancaman kepada sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari kerana pergaduhan atau pertelingkahan.

“Tidak halal bagi seorang Muslim tidak bertegur sapa saudaranya melebihi tiga hari, maka barangsiapa yang tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari, nescaya akan masuk neraka”. ( Abu Dawud : no 4914). 

“Tidak halal bagi seorang Muslim “hajr” (tidak bertegur sapa) saudaranya melebihi tiga hari, kedua-duanya bertemu, lantas saling berpaling muka antara satu sama lain. Yang terbaik antara mereka ialah orang yang memulakan salam”. (Muslim no 6697).

Oleh itu, mulakan lah hidup ini dengan salam dan senyuman kerana ianya dapat mengurangkan amarah dan menyejukkan hati. Bertegurlah kembali dengan sahabat2 yg pernah kita sakiti hati mereka, sahabat yang putus hubungan dengan kita, sahabat yang jauh dan dekat, sahabat yang pernah menjadi teman kita, dan lebih2 lagi sahabat yang merupakan saudara Islam kita.



"Tangan yang di atas adaah lebih baik dari tangan yang dibawah" ini bukan sahaja di tujukan kepada amalan bersedekah tetapi juga kepada amalan bermaafan kerana orang yang memulakan salam adalah orang yang terbaik. Jangan jadikan adat bermaafan pada hari raya sahaja sebagai amalan kita kerana kita tidak tahu bila masanya kita akan di jemput menghadap Allah yang Maha Esa.

 

2 comments:

  1. nak mintak izin nak share ke blog org ye..=)

    ReplyDelete
  2. ambil la nadiah, xpayah mintak pun orang akan bagi.. lagipun rasa macam nak close down blog ni.. dah putus asa dah..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...