Pages

"PenGgEnap"

Friday, July 1, 2011

New BFF Non-EX (Best friend forever that non existed as person)

Kali terakhir ku mencoret di sini ialah setelah peristiwa yang sangat menjatuhkan semangatku..
Apa lagi dilema yang remaja alami kalau bukan angkara 
'CINTA'.
Bukannya dunia akan kiamat, bukannya terus jatuh tersungkur, bukanya nafas terus berhenti,
Tapi hanya kehilangan seseorang yang kita anggap sangat berharga, sangat penting sehingga membuat kita merasa dunia ini kiamat, merasa selemah-lemahnya, merasa kecewa teramat, merasa ini lah sahaja masa hidup ini.


Apatah lagi apabila kita hanya menganggap hanya si dia sahaja yang mampu menjadi peneman hidup ini yang sememangnya sunyi.
Apabila putusnya khabar berita, terasa begitu kosong dalam otak ini untuk memikir pekara lain,
Apabila tiada lagi kedengaran suaranya, terasa seperti telinga ini sudah tiada,
Apabila mata ini hanya mampu melihatnya dengan khayalan, terasa seperti ingin ku mengalirkan air mata.

Sekeras-keras hati, sekejam-kejam perasaan, sejahat-jahat sifat,
hati seorang lelaki yang selama ini di anggap tiada perasaan
kini merintih seorang diri.


I keep the sad moment in word
I keep the happy moment in picture
And I keep my story in MURDOC DIARIES

Ini sahaja usaha ku, meluahkan isi hati di hadapan monitor dengan papan kekunci.
Kerana mereka tidak akan mengeluh mendengar cerita ku.
Kerana mereka pun menunggu masa untuk lenyap bersama cerita ku.

MURDOC DIARIES, NOW YOUR ARE MY FRIEND FOREVER.
(i hope so)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...